Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh aktivis Kemboja dipenjara atas kesalahan derhaka

-

PHNOM PENH: Tujuh aktivis Kemboja dijatuhi hukuman penjara kerana derhaka berhubung komen yang dipaparkan dalam talian untuk menyokong seorang tokoh pembangkan­g yang hidup dalam buangan, kata peguam mereka semalam, yang meningkatk­an lagi usaha kerajaan di negara itu untuk mengekang penentanga­n.

Sam Rainsy, yang sudah tinggal di Perancis sejak 2015 untuk mengelak penjara bagi pensabitan yang beliau dakwa bermotifka­n politik, telah berjanji untuk kembali ke Kemboja.

Tetapi usaha untuk kembali pada November lalu dipatahkan oleh Perdana Menteri Hun Sen, yang melabelkan­nya sebagai satu “cubaan rampasan kuasa” dan menghantar waran tangkap ke negara-negara jiran.

Aktivis pembangkan­g yang dituduh menulis mesej pada tahun lepas yang menyokong kepulangan Rainsy pada minggu ini dijatuhi hukuman atas “dakwaan derhaka” di wilayah timur Tboung Khmum, kata peguam Sam Sokong kepada AFP semalam.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata Kemboja sudah menangkap 24 aktivis hak asasi manusia sejak hujung Julai lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia