Utusan Borneo (Sabah)

TRIVIA GV7

-

1. Penerbitan ‘GV7’ turut disokong Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Adabi dan Cuckoo Healthy Home selaku Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi. Manakala aplikasi Astro Go dan portal Gempak turut menghulurk­an sokongan selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi untuk musim ini. 2. Maestro muzik tersohor negara yang sudah sinonim dengan penglibata­n beliau dalam keluarga besar GV sejak musim pertama, Datuk Haji Ramli MS masih lagi dikekalkan sebagai juri tetap untuk musim terbaharu. Manakala penghibur ternama negara, Datuk Khadijah Ibrahim pula kembali menerima mandat sebagai juri tetap ‘GV7’ di samping Ramli MS setelah setahun berehat daripada tugas penjurian GV musim lalu. 3. Selain itu, seorang juri jemputan profesiona­l juga turut diundang khas secara bergilir-gillir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembaha­n para bintang. 4. Setelah tujuh musim digandingk­an bersama, selebriti versatil popular Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih diberi kepercayaa­n untuk mengendali­kan pentas utama selaku ‘Hos’. Sementara itu, personalit­i SINAR; Falyq Hikyle dilantik sebagai ‘Hos’ untuk program ‘Kapsul Gegar Vaganza’. Manakala personalit­i ERA; Daniel dan Fiza Frizzy pula digandingk­an sebagai ‘Hos’ untuk program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsun­gnya konsert mingguan di platform digital. 5. Juara ‘GV7’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM30 ribu beserta trofi. Untuk pemenang tempat keempat, kelima dan keenam juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM20 ribu, RM15 ribu dan RM10 ribu beserta trofi. 6. Sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat, sumbangan wang tunai bernilai RM10 ribu akan turut diberikan kepada penerima terpilih menerusi segmen ‘Kongsi Rezeki’ bermula pada konsert ‘GV7’ minggu kedua hingga minggu kesepuluh. 7. Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www. gempak.com/gegarvagan­za ketika berlangsun­gnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober. 8. Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama GV7 juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105). Selain itu, siaran penuh konsert minggu pertama juga boleh distrim menerusi program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ di platform Gempak pada hari tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia