Utusan Borneo (Sabah)

PGA7 rampas lebih 2.5 tan daging ayam beku seludup di Pasir Mas

-

PASIR MAS: Sebanyak 257 kotak berisi daging ayam beku bernilai RM70,840 yang cuba diseludup ke negara ini dirampas sepasukan anggota Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) dalam serbuan berdekatan pangkalan haram Jitong di sini, awal pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA7, Supt Azhari Nusi berkata, kegiatan itu dikesan ketika anggotanya membuat rondaan kira-kira jam 6 pagi dan ternampak kelibat bebe-rapa lelaki sedang memunggah kotak daripada perahu ke dua kenderaan.

Beliau berkata sebaik dihampiri, kesemua lelaki itu bertindak terjun ke dalam Sungai Golok untuk melarikan diri ke negara jiran dengan berenang dan menaiki perahu.

“Pemeriksaa­n di tempat kejadian menemui kende-raan Mitsubishi Pajero dan Nissan Vanette yang sendat dengan ratusan kotak berisi 2,570 kilogram (kg) ayam sejuk beku,” katanya kepada pemberita di Markas Taktikal Lubok Setol di sini, semalam.

Menurutnya, meskipun terdapat perkataan ‘halal’ pada kotak berkenaan, namun status halalnya diragui disebabkan dibawa masuk secara haram.

Jelasnya, kesemua daging ayam beku itu akan diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmat­an Kuarantin dah Pemeriksaa­n Malaysia 2011.

Dalam perkembang­an sama, Azhari berkata sejak memgambil alih tugas Ops Benteng COVIDbermu­la14Septem­ber lalu pihaknya berjaya melakukan enam tangkapan berkaitan tekong dan pendatang haram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia