Utusan Borneo (Sabah)

APMM tahan 13 warga asing di Perak

-

LUMUT: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Perak menahan 13 warga asing kerana tidak mempunyai permit kerja dan pasport sah dalam Operasi Khas Maritim di perairan Selat Dinding di Pulau Pangkor dan Bagan Datuk, di sini, kelmarin.

Pengarah Maritim negeri Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata operasi yang bermula jam 8 pagi itu dilakukan ke atas sebuah bot nelayan tempatan dan dua sangkar ikan di sekitar kawasan perairan berkenaan.

Beliau berkata penahanan itu melibatkan sebuah bot nelayan tempatan yang menggajika­n lima warga asing iaitu seorang warga Myammar dan empat warga Rohingya kerana tidak memiliki permit sah daripada pihak berkuasa.

“Pemeriksaa­n ke atas dua sangkar ikan mendapati pekerjanya iaitu lima warga Indonesia dan tiga warga Nepal tidak mempunyai permit dan pasport sah. Daripada lapan pekerja itu, hanya seorang warga Indonesia mempunyai pasport tetapi tidak memiliki permit kerja,” katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini, semalam.

Shahrizan berkata kesemua yang ditahan berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menunda di luar kawasan dibenarkan serta Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Anggota Maritim menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap warga asing di sebuah sangkar ternakan ikan ketika Operasi Khas Maritim di perairan Selat Dinding di Pulau Pangkor dan Bagan Datuk, Lumut kelmarin. Operasi yang bermula pada jam 8 pagi itu dilakukan ke atas sebuah bot nelayan tempatan dan dua buah sangkar ikan yang berada di sekitar kawasan perairan berkenaan dan menahan 13 warga asing kerana mereka tidak mempunyai permit kerja dan pasport yang sah.
— Gambar Bernama DITAHAN: Anggota Maritim menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap warga asing di sebuah sangkar ternakan ikan ketika Operasi Khas Maritim di perairan Selat Dinding di Pulau Pangkor dan Bagan Datuk, Lumut kelmarin. Operasi yang bermula pada jam 8 pagi itu dilakukan ke atas sebuah bot nelayan tempatan dan dua buah sangkar ikan yang berada di sekitar kawasan perairan berkenaan dan menahan 13 warga asing kerana mereka tidak mempunyai permit kerja dan pasport yang sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia