Utusan Borneo (Sabah)

AADK-KKM bekerjasam­a bantu mangsa penagihan rokok dan alkohol: Zulkifli

-

PARIT: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu individu yang menghadapi masalah penagihan rokok dan alkohol kronik melalui kemudahan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), seluruh negara.

Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata individu yang mempunyai masalah ketagihan rokok dan alkohol akan dirawat sebagai pesakit luar dengan memberi bantuan berbentuk nasihat dan kaunseling.

“Kita menumpukan penagihan rokok dan alkohol kerana ia merupakan penagihan yang serius. Saya percaya langkah ini dapat memberi nilai tambah kepada perkhidmat­an AADK dan kemudahan yang terdapat di 31 buah Puspen seluruh negara,” katanya pada sidang media Hari Terbuka AADK dan perasmian Puspen Seri Iskandar di sini semalam.

Zulkifli berkata, gandingan antara AADK dan KKM diyakini dapat memangkin usaha merawat masalah penagihan rokok dan alkohol di negara ini kerana keduadua agensi ini mempunyai kepakaran masing-masing.

Pegawai AADK akan dilantih supaya dilengkapi dengan keupayaan untuk memberikan perkhidmat­an terbaik dalam usaha membantu rakyat mengamalka­n kehidupan lebih baik, katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata hanya 832 orang atau 17 peratus daripada 4,938 individu yang terlibat dengan penyalahgu­naan dadah pada tahun 2019, mendapatka­n rawatan secara sukarela di 11 Puspen, seluruh negara.

Katanya, rekod menunjukka­n individu yang mendapatka­n rawatan sukarela ini terdiri daripada kakitangan awam, swasta, pelajar dan penganggur.

“Justeru, majikan yang mempunyai kakitangan terlibat masalah penyalahgu­naan dadah diminta supaya memberi peluang kepada mereka untuk mendapatka­n rawatan dengan memberi cuti bagi memastikan mereka segera kembali pulih.

“Ahli keluarga, terutama ibu bapa juga hendaklah memastikan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah supaya mendapatka­n rawatan sejak awal lagi,” katanya.

Program sehari itu, turut disertai vokalis kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, yang merupakan antara pelatih yang telah pulih menerusi rawatan secara sukarela di Puspen Dengkil, Selangor.

Ameng yang dijemput membuat persembaha­n turut meminta individu yang terlibat dengan penagihan dadah supaya mendapatka­n rawatan segera di Puspen kerana selain menyediaka­n tempat yang selesa, pusat itu turut mengendali­kan program yang teratur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Zulkifli (kiri) melawat asrama pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) pada Hari Terbuka AADK dan Program Perasmian PUSPEN Seri Iskandar, Parit semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Zulkifli (kiri) melawat asrama pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) pada Hari Terbuka AADK dan Program Perasmian PUSPEN Seri Iskandar, Parit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia