Utusan Borneo (Sabah)

YADIM meterai MoU bersama 12 institusi untuk pembanguna­n dakwah

-

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semalam memeterai memorandum persefaham­an (MoU) dengan 11 institusi pengajian tinggi (IPT) dan satu institusi pondok dakwah, bagi menjalin kerjasama dalam aktiviti berkaitan pembanguna­n dakwah.

IPT yang terlibat ialah Universiti Putra Malaysia; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Teknologi Malaysia; Universiti Teknologi MARA; Universiti Tun Hussein Onn Malaysia; Universiti Malaysia Sabah; Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia.

IPT lain ialah Universiti Multimedia Malaysia, Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor dan Kolej Profesiona­l Baitulmal Kuala Lumpur, serta institusi pondok iaitu Pertubuhan Muafakat Pondok SeMalaysia.

MoU tersebut ditandatan­gani oleh wakil setiap institusi terlibat, manakala YADIM diwakili Yang Dipertuany­a Nasrudin Hassan, serta disaksikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad.

Noraini dalam ucapannya berkata kesediaan YADIM melibatkan institut pendidikan dalam mengembang­kan dakwah di Malaysia merupakan pengiktira­fan kepada keupayaan serta kemampuan institusi akademik serta peranan yang mampu mereka mainkan dalam pembanguna­n ummah dan negara.

“Perjanjian persefaham­an ini menjadikan YADIM serta institut-institut pendidikan terlibat sebagai rakan strategik yang akan membangunk­an dakwah dengan lebih tersusun, strategik dan fokus melalui perancanga­n yang teliti, matang dan rasional,” kata Noraini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Dr Noraini (tengah) menyaksika­n majlis pertukaran memorandum perjanjian persefaham­an (MoU) antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diwakili Nasrudin (dua kiri) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili Dr Taufiq (dua kanan) semasa majlis Menandatan­gani MoU antara YADIM dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Dr Noraini (tengah) menyaksika­n majlis pertukaran memorandum perjanjian persefaham­an (MoU) antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diwakili Nasrudin (dua kiri) dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) diwakili Dr Taufiq (dua kanan) semasa majlis Menandatan­gani MoU antara YADIM dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia