Utusan Borneo (Sabah)

Masidi fokus pembanguna­n usahawan belia dalam pertanian

- Oleh Noorazlina Jindeh

RANAU: Usaha membangunk­an usahawan belia dalam bidang pertanian menjadi tumpuan utama calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun.

Penyandang kerusi DUN Karanaan itu berkata usaha itu pastinya dapat direalisas­ikan sekiranya beliau diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat bagi penggal yang akan datang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.

“Ranau mempunyai tanah yang luas dan subur selain belianya juga mempunyai semangat yang tinggi untuk menjadi petani, hanya yang kurang ialah modal awal untuk terlibat dalam bidang pertanian.

“Oleh itu hasrat dan perancanga­n saya ialah bagaimana kita mendapatka­n modal pusingan untuk membantu belia menceburi bidang pertanian,” katanya kepada Bernama selepas berkempen di Kampung Karanaan di sini.

Masidi, yang juga Timbalan Ketua Penyelaras Bersatu Sabah, berkata belia di daerah Ranau mampu bersaing kerana mempunyai kesungguha­n untuk berjaya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai aktiviti kempennya, Masidi berkata sambutan pengundi amat baik dan berharap ia akan diterjemah­kan pada hari pengundian.

Bagaimanap­un, beliau berkata jumlah pengundi seramai 13,425 di DUN itu menjadi cabaran kerana sukar bersemuka dengan semua pengundi susulan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi membendung pandemik COVID-19.

Katanya, mengadakan pilihan raya dalam keadaan pandemik COVID-19 tidak mengizinka­n untuk acara yang melibatkan ramai pengunjung di sesebuah kawasan.

“Untuk bertemu dengan pengundi, saya mengadakan lebih banyak program bertemu rakyat tetapi dalam jumlah yang kecil,” katanya yang juga menggunaka­n bahasa Dusun ketika berceramah.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Masidi yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN), menang dengan majoriti 3,782 undi.

Pada PRN Sabah kali ini, Masidi berdepan tiga calon lain iaitu Mohd Tajuddin Sadi (USNO), Hadzrul Masnin (PCS) dan calon WARISAN, Awasi Ganie@Yasin Abdul Ghani. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia