Utusan Borneo (Sabah)

Bung ambil pendekatan tunggu dan lihat dakwaan Anwar

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN:Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin mengambil pendekatan tunggu dan lihat mengenai dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat majoriti cukup bagi membentuk kerajaan baharu.

Ahli Parlimen Kinabatang­an itu menjelaska­n sama ada mempunyai majoriti cukup atau tidak yang mana perkara itu perlu melalui proses yang tepat.

“Dewan Rakyat tidak akan bubar, walaupun ada sesiapa yang mendakwa dapat majoriti cukup ahli parlimen bagi bentuk kerajaan,” katanya.

Beliauberk­ata,kerajaanti­dak akan bertukar pun melainkan dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatiddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Jadi dalam soal ini, kita tengok dulu apa yang berlaku kerana terlalu banyak spekulasi,” katanya.

Ditanya adakah itu ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Bung Moktar yang juga bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata berkemungk­inan ada.

“Mungkin ada berhubung kaitnya dengan PRN Sabah yang boleh memberi dorongan kepada pengundi atau penyokong calon-calon PKR atau sebagainya,” katanya.

Beliau tidak dapat memberi kepastian atau gambaran yang tepat adakah itu hanya sekadar sandiwara politik.

“Yang pasti, setiap manamana pemimpin yang mendakwa dia telah mendapat majoriti cukup, mereka perlu berhadapan dengan proses Istana,” tegasnya.

 ??  ?? TATAP BN: Bung Moktar bersama calon BN DUN Sukau Datuk Jafry Ariffin (dua kanan) dalam perjumpaan bersama pengundi.
TATAP BN: Bung Moktar bersama calon BN DUN Sukau Datuk Jafry Ariffin (dua kanan) dalam perjumpaan bersama pengundi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia