Utusan Borneo (Sabah)

RM120.5 juta diperuntuk laksana Projek BELB Sambungan

- Oleh Talian Grid

KUDAT: Kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) telah memperuntu­kkan sebanyak RM120.5 juta bagi melaksanak­an Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sambungan Talian Grid bagi tiga zon di Negeri Sabah.

Sebanyak RM38.2 juta daripada peruntukan itu melibatkan pembinaan di tujuh daerah di Negeri Sabah dan Daerah Kudat khususnya, empat buah kampung iaitu Kampung Gumandang, Kampung Tampakan, Kampung Sri Aman dan Kampung Tigaman akan menerima manfaat daripada pelaksanaa­n projek ini.

Inisiatif ini menjadikan kawasan-kawasan kampung yang mungkin

dahulunya gelap, kini bercahaya seakan-akan seperti di kawasan bandar.

Dengan kemudahan bekalan elektrik ini, penduduk kampung dapat

menjalanka­n aktiviti seharian tanpa perlu menggunaka­n genset. Di

samping itu juga, dengan adanya bekalan elektrik di kampung-kampung

penerima manfaat ini, pembanguna­n sosioekono­mi juga akan terus berkembang.

Menterinya Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad ketika majlis pelancaran projek itu berkata, kerajaan sememangny­a sangat prihatin dan mengambil berat terhadap keperluan asas rakyat dan komited dalam menyediaka­n kemudahank­emudahan asas seperti bekalan elektrik, air bersih, kemudahan jalan raya dan kediaman yang sempurna.

 ??  ?? RASMI: Dr. Latiff menyempurn­akan pelancaran Projek (BELB) Sambungan Talian Grid bagi tiga zon di Negeri Sabah.
RASMI: Dr. Latiff menyempurn­akan pelancaran Projek (BELB) Sambungan Talian Grid bagi tiga zon di Negeri Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia