Utusan Borneo (Sabah)

Tiga mantan YB zahir sokongan terbuka kempen William di Inanam

- Oleh Henry Bating

INANAM: Siri kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang kian memuncak memperliha­tkan gerakan tiga mantan wakil rakyat kawasan Sepanggar membantu calon Parti Bersatu Sabah (PBS) N18 Inanam Datuk William Majinbon.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam Dr Roland Chia ketika mengiringi William bertemu para peniaga di pasar dan kedai Inanam meminta sokongan terbuka untuk calon PBS itu meneruskan agenda pembanguna­n yang belum selesai.

“Saya pernah mewakili kawasan Inanam selama satu penggal di mana banyak tugas perlu diselesaik­an dan saya yakin William mampu meneruskan segala tugas yang belum selesai,” katanya yang menang kawasan berkenaan atas tiket PKR 2013.

Mantan ADUN PBS Inanam selama tiga penggal Datuk Johnny Goh dalam perjumpaan di Kg Pomotodon

meminta sokongan rakyat kepada William untuk menyusun atur semula masalah tanah adat, perkampung­an dan projek kecil luar bandar.

Menurut Johnny, terdapat beberapa kepincanga­n berlaku berkaitan masalah tanah adat dan tanah perkampung­an ketika diwakili dua ADUN bukan berasal dari Inanam.

Sementara mantan Ahli Parlimen Sepanggar Datuk

Eric Majimbun yang merupakan abang kepada William meminta pengundi memberi sokongan kepada William sebagaiman­a mereka memberi sokongan kepadanya dalam tempoh dua penggal dahulu.

Dalam perjumpaan di Kg Nountun, Eric menyatakan rakyat memerlukan ADUN yang mudah mereka temui di kawasan Inanam di samping memiliki rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak dalam kerajaan dan swasta untuk melaksanak­an agenda pembanguna­n.

Menurut Eric yang juga mantan Timbalan Presiden SAPP, calon PBS adalah pilihan terbaik kali ini kerana merupakan parti tempatan tertua di mana calon juga merupakan anak jati tempatan yang tinggal dekat dengan pekan Inanam.

Eric menjelaska­n PBS merupakan parti tempatan terbaik yang tidak pernah berhenti memperjuan­gkan hak-hak rakyat Sabah dan inilah peluang terbaik memilih calon tempatan untuk memudahkan urusan.

 ??  ?? BERSAMA: William (tengah) bersama Johnny (kiri) dan Fredoline Totin.
BERSAMA: William (tengah) bersama Johnny (kiri) dan Fredoline Totin.
 ??  ?? TEMUI PENIAGA: William (kiri) dan Roland (bertopi) di tamu Inanam.
TEMUI PENIAGA: William (kiri) dan Roland (bertopi) di tamu Inanam.
 ??  ?? ANAK JATI INANAM: Eric ketika berucap di Kg Nountun.
ANAK JATI INANAM: Eric ketika berucap di Kg Nountun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia