Utusan Borneo (Sabah)

KPLB luluskan pembinaan 100 rumah

Untuk mangsa kebakaran yang masih menetap di kontena

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) meluluskan pembinaan 100 rumah kepada mangsa kebakaran Kampung Gas, Batu Sapi yang masih ditempatka­n di rumah kontena.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, dia amat sedih melihat keadaan mangsa kebakaran ini yang hanya tinggal di dalam kontena yang sempit, berkongsi dapur dan tandas.

Beliau berkata, mangsa kebakaran ini telah menetap lebih dua tahun di rumah kontena berkenaan.

“Itu sebabnya saya luluskan, kita bukan bersyarat, kita telah mempunyai peruntukan bagi pembinaan rumah itu,” katanya selepas mengadakan lawatan ke rumah kontena mangsa kebakaran Kampung Gas, kelmarin.

Abdul Rahman berkata, kerajaan Persekutua­n boleh bina pada bila-bila masa tetapi soalnya tapak tanah bagi pembinaan rumah terbabit.

“Mereka cadangkan bina semula di tapak kebakaran berkenaan, tetapi sekiranya masih Parti Warisan Sabah (WARISAN) memerintah negeri Sabah, kita masih tidak dapat melaksanak­an projek pembinaan itu ekoran kuasa tanah terletak pada kerajaan negeri.

“Itu sebab kita meminta rakyat Sabah agar memikirkan masa depan bagi memilih gabungan parti Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sekali gus memberi mandat kepada calon-calon kita bagi menerajui kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata, “kita perlu penyelaras­an antara kerajaan Persekutua­n dengan kerajaan negeri agar pembanguna­n dirancang dapat dilaksanak­an di negeri ini.”

Dalam pada itu, Abdul Rahman juga mahu rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong agar memilih calon Barisan Nasional (BN) Hazulizah Md Dani yang merupakan Ketua Puteri UMNO Bahagian Batu Sapi agar usaha membawa lebih banyak pembanguna­n dapat dilaksanak­an.

 ??  ?? SIMPATI: Abdul Rahman bersama Hazulizah meninjau keadaan mangsa kebakaran yang menetap di rumah kontena.
SIMPATI: Abdul Rahman bersama Hazulizah meninjau keadaan mangsa kebakaran yang menetap di rumah kontena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia