Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf jalan luar bandar di Ulu Tomani, manfaat 11 kampung dan lima sekolah

-

TENOM: Kerajaan akan menaik taraf Jalan Luar Bandar (JALB) sepanjang 35.6 kilometer di Ulu Tomani, Tenom, membabitka­n kos berjumlah RM189,068,550.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Datuk Dr Abd Latiff Ahmad ketika ucapan pelancaran JALB di sini berkata, kementeria­n percaya projek naik taraf ini mampu menjadi pemangkin kepada pembanguna­n ekonomi masyarakat sekitar jajaran dari Kuala Tomani ke Ulu Tomani.

Projek ini adalah projek menaik taraf jalan sedia ada kerana keadaan jalan berlubang-lubang, berlumpur dan licin semasa musim hujan serta berhabuk ketika musim panas.

Jalan ini merupakan jalan penghubung dari Kuala Tomani ke Kg. Ulu Tomani (Kg. Bekuku) dan seterusnya ke Kg. Kang/Kg. Alutok.

Jalan ini terletak 60km dari Pekan Tenom, iaitu di Kemabong yang melibatkan Skim Penempatan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Kuala Tomani, Klinik Ulu Tomani dan juga lima sekolah, tadika serta perpustaka­an Desa Ulu Tomani.

Dr Latiff yakin projek naik taraf JALB dapat dimanfaat penduduk sekitar dan pengguna jalan dari Kuala Tomani ke Ulu Tomani yang mengurangk­an masa perjalanan dari tiga jam kepada 45 minit dan akses perhubunga­n yg lebih baik dan selesa kepada kira-kira 5,000 penduduk meliputi 11 buah kampung.

Di samping itu, dengan terbinanya jalan ini akan menjadi pemangkin ekonomi dan pembanguna­n di kawasan luar bandar amnya serta memudahkan mengangkut keluar hasil pertanian ke bandar.

Dr Latiff juga turut memaklumka­n Kerajaan Persekutua­n telah meluluskan 102 projek JALB dengan peruntukan sebanyak RM6 bilion bagi pembinaan jalan luar bandar di Negeri Sabah sepanjang Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

 ??  ?? HADIR: Dr Latiff ketika hadir pada program berkenaan.
HADIR: Dr Latiff ketika hadir pada program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia