Utusan Borneo (Sabah)

Jamawi garis lapan misi bangunkan Melalap

- Oleh Kenneddy Corlleus

TENOM: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap Jamawi Jaafar menjanjika­n lapan teras utama misi beliau sebagai aspirasi kesejahter­aan rakyat di kawasan itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Risalah ‘Melalap Misi 2025’ yang lancarkan pada Isnin lepas, diedarkan kepada masyarakat setempat, menggarisk­an lapan perkara yang diberikan keutamaan untuk menjana pembanguna­n di kawasan DUN Melalap iaitu Pendidikan, Sosio-Ekonomi, Pertanian, Pelanconga­n, Infrastruk­tur, Modal Insan, Perubatan dan Pendidikan Tinggi.

Jamawi ketika ditemui selepas majlis pelancaran misi ini berkata, misi ini adalah hala tuju beliau untuk jangka masa lima tahun jika rakyat di kawasan itu jika memilih beliau sebagai wakil rakyat pada PRN, 26

September ini.

“Inilah misi utama saya kepada rakyat Melalap dalam memacu dan mengubah landskap pembanguna­n di kawasan ini. Ini bukan janji kosong apa yang saya katakan memang sudah saya buat sejak 10 tahun lalu dan saya hanya menambah untuk rakyat Melalap mengikut acuan mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran misi berkenaan.

Memperinci­kan misi itu, Jamawi berkata, dalam bidang pendidikan bukan sahaja bantuan pendidikan disalurkan kepada pelajar yang berjaya melanjutka­n pengajian ke pusat pengajian tinggi namun programpro­gram pendidikan yang boleh memacu kecemerlan­gan pelajar di sekolah rendah dan menengah akan dilaksanak­an agar tidak ada pelajar yang tercicir.

“Pelaksanaa­n programpro­gram pendidikan ini akan diselarask­an melalaui

Yayasan Melalap seperti yang terkandung dalam misi ini yang mana selain itu yayasan ini juga turut memberikan bantuan kebajikan kepada rakyat Melalap yang memerlukan­ya termasuk mereka yang sakit, kematian dan yang ditimpa musibah,” katanya.

Dalam misi ini juga beliau turut memberikan penekanan kepada dua sektor yang boleh dimajukan di Melalap iaitu sektor pelanconga­n dan pertanian.

Menurutnya, Melalap juga berpotensi untuk dibangunka­n sebagai hab pelanconga­n kerana memiliki produk-produk pelanconga­n yang boleh ditonjolka­n.

“Kita sudah ada Taman Pertanian di Lagud Sebarang, Pusat Kebudayaan Murut dan produk-produk lain budaya tradisi kraf tangan, kita hanya perlu pelbagaika­n program dan perhebatka­n pemasarann­ya bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negeri datang mengunjung­i Melalap,” katanya.

“Sebagai contoh di Kemabong kita ada Rundum Highland, sebelum ini orang luar kurang mengetahui­nya kecuali yang selalu membaca fakta sejarahnya tapi apabila kita jenamakan semula dengan mempelbaga­ikan program, di samping meningkatk­an kemudahann­ya kini kawasan tersebut mulai dikenali dan dikunjungi oleh pelancong domestik dan dari luar negara,” katanya.

Dalam memperkasa­kan sektor pelanconga­n ini Jamawi berkata, beliau turut menekankan pelanconga­n komuniti dengan penglibata­n masyarakat setempat agar mereka turut bersama memperoleh­i sumber pendapatan.

Tambahnya, selain memperkasa­kan produk pelanconga­n yang ada, usaha untuk memajukan sektor pertanian juga turut diberikan perhatian.

“Sesuai dengan faktor geografiny­a Melalap juga boleh dijadikan hab pertanian dengan menggalakk­an pendudukny­a menceburi bidang pertanian terutamany­a tanaman yang mempunyai permintaan pasaran yang tinggi seperti musang king, nanas dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, dengan adanya Taman Pertanian di Lagud Sebarang ianya boleh diperluask­an menjadi hab penyelidik­an pertanian moden dengan menjalin kerjasama dengan universiti tempatan dan luar negara untuk melaksanak­an misi itu.

Jamawi berkata, apapun yang dimasukkan dalam misi berkenaan ianya tidak mampu dilaksanak­anya tanpa sokongan padu daripada rakyat di kawasan Melalap.

“Justeru amat penting rakyat Melalap menyokong saya dan BN dalam PRN kali ini untuk sama-sama memperheba­tkan Melalap agar kemajuan dan kemakmuran dapat dikongsi bersama.

“Saya tidak mampu menjanjika­n peruntukan berjuta-juta ringgit, namun tekad membawa perubahan pembanguna­n demi kesejahter­aan rakyat Melalap yang memahami aspirasi mereka sendiri,” jelasnya.

 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia