Utusan Borneo (Sabah)

Aksi Terbuka Perancis mungkin hadkan kehadiran penonton

-

PARIS: Kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis di Roland Garros berkemungk­inan terpaksa mengubah semula perancanga­n kehadiran penonton dengan menghadkan jumlah kehadiran kepada sekitar 1,000 orang sehari selepas kerajaan Perancis mengumumka­n had baharu dalam usaha menangani pandemik COVID-19 ini.

Pengurusan tenis Perancis sudah mengurangk­an jumlah kehadiran penonton yang dibenarkan untuk kejohanan Grand Slam terakhir musim ini, yang bermula di Paris Ahad ini, dari 11,500 orang kepada 5,000 10 hari yang lalu.

Bagaimanap­un, pada Rabu, menteri kesihatan Perancis, Olivier Veran, menuntut had baharu di stadium sukan di 11 “zon merah” dalam negara, salah satu termasuk di ibu kota Paris.

“Setakat ini, kami tidak mempunyai pengesahan mengenai syarat penganjura­n kejohanan,” kata jurucakap Persekutua­n Tenis Perancis.

Had baharu 5,000 penonton akan diguna pakai “dari Sabtu selepas rundingan di antara pegawai wilayah dan tempatan,” kata Veran.

Veran juga mengumumka­n “penutupan dewan sukan dan gimnasium” kerana “ia adalah tempat tertutup... yang malangnya menjadi tempat penting penularan jangkitan”.

Langkah baharu ini, yang akan berlangsun­g untuk tempoh dua minggu, juga melibatkan bandar raya Bordeaux, Lyon, Nice, Lille, Toulouse, Saint-Etienne, Rennes, Rouen, Grenoble dan Montpellie­r. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR HIASAN: Kejohanan Terbuka Itali yang berlangsun­g di Foro Italico pada 21 September lalu.
— Gambar AFP GAMBAR HIASAN: Kejohanan Terbuka Itali yang berlangsun­g di Foro Italico pada 21 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia