Utusan Borneo (Sabah)

KNVB hubungi De Boer sampaikan berita gembira

Bekas pemain Belanda itu dilantik menjadi jurulatih antarabang­sa The Oranjes sehingga Piala Dunia 2022

-

Bekas pemain Belanda itu dilantik menjadi jurulatih antarabang­sa The Oranjes sehingga Piala Dunia 2022

“Frank De Boer, 50, akan menjadi jurulatih Belanda sehingga Piala Dunia ” 2022. Kenyataan KNVB

THE HAGUE: Frank de Boer dilantik sebagai jurulatih baharu Belanda, menurut pengumuman Persekutua­n Bola Sepak Belanda (KNVB) pada Rabu.

De Boer, pemain dengan penampilan ketiga paling banyak bersama Belanda, menggantik­an Ronald Koeman, yang meletak jawatan pada awal tahun ini untuk menjadi jurulatih kelab Barcelona dan jurulatih sementara, Dwight Lodeweges.

“Frank De Boer, 50, akan menjadi jurulatih Belanda sehingga Piala Dunia 2022,” kata KNVB dalam satu kenyataan.

De Boer “akan memulakan tugas serta-merta,” tambahnya, dengan berkata beliau “akan bersedia di tepi padang untuk perlawanan persediaan menentang Mexico dan perlawanan Liga Negara UEFA menentang Bosnia-Herzegovin­a dan Itali”.

De Boer bermain untuk Belanda di posisi pertahanan di antara 1990 dan 2004 dan memiliki kerjaya turun naik sebagai jurulatih.

Beliau memulakan kerjaya sebagai jurulatih di kelab gergasi, Ajax pada 2007 dan kemudian membantu Bert van Marwijk, bersama-sama dengan bekas pemain Phillip Cocu untuk membantu Belanda melangkah ke final Piala Dunia 2010, di mana mereka tewas kepada Sepanyol.

Lewat tahun itu, beliau menjadi jurulatih sementara di Ajax dan membimbing kelab muncul juara Liga Eredivisie pada musim 2010/2011.

Menjelang 2014, De Boer memenangi kejuaraan liga keempat bersama Ajax, jurulatih pertama melakukann­ya dalam Liga Eredivisie.

Beliau meletak jawatan dari Ajax pada 2016 dan menandatan­gani kontrak tiga tahun di Inter Milan pada Ogos tahun yang sama tetapi dipecat selepas hanya 85 hari selepas beberapa kekalahan mengecewak­an.

Pada Jun 2017, beliau diumumkan sebagai pengurus baharu kelab Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace tetapi dipecat selepas 10 minggu apabila Palace tewas empat perlawanan liga yang pertama musim tanpa menjaringk­an sebarang gol.

Beliau menjadi jurulatih kelab Atlanta United pada Disember 2018 dan pada musim pertama, pasukan beliau memenangi pertanding­an Terbuka Amerika (AS) dan Piala Campeones dan bermain di final Liga Timur.

De Boer dan kelab bagaimanap­un menamatkan kerjasama pada bulan Julai selepas beberapa siri kekalahan dan beliau kemudian dihubungi KNVB.

KNVB juga menghubung­i bekas bintang bola sepak Belanda, Frank Rijkaard dan juga bekas jurulatih Bayer Leverkusen, Peter Bosz, menurut akhbar Algemeen Dagblad.

“Rijkaard tidak berminat untuk kembali ke dunia bola sepak dan Bosz sudah melanjutka­n kontraknya bersama Bayer Leverkusen,” menurut akhbar itu.

Louis van Gaal, yang dilihat sebagai salah seorang jurulatih Belanda paling berjaya apabila menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 2014, difahamkan tidak dihubungi KNVB.

Sebagai pemain, De Boer beraksi sebanyak 112 kali dan merupakan pemain ketiga paling kerap beraksi bersama pasukan kebangsaan selepas Wesley Sneijder dan penjaga gol Edwin van der Sar.

De Boer akan diperkenal­kan secara rasmi oleh KNVB di pusat latihan skuad kebangsaan di Zeist, berhampira­n pusat bandar raya Utrecht pada hari ini. — AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DE BOER
DE BOER
 ??  ?? KOEMAN
KOEMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia