Utusan Borneo (Sabah)

14 atlet pelajar pertama Program Praunivers­iti KPM-MSN SSMS tamat pengajian

-

KOTA KINABALU: Kumpulan pertama 14 atlet pelajar Program Praunivers­iti KPM-MSN di Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) menamatkan pengajian mereka.

Pelajar itu terdiri daripada 11 atlet pelajar lelaki dan tiga wanita.

Atlet pelajar lelaki terdiri daripada Azmani Aban dari sukan hoki, Brolyn Joel Numpang Anak Holand (olahraga), Freddy Frankie (olahraga), Martyn Lim Wen Xuan (olahraga), Sepulloh Mohd Sidik (hoki), Mohd Alif Mohd Razi (olahraga), Ivern Lee Lucian (olahraga), Firdaus Mohd Zamri (olahraga), Matsyawall­udin Mohd Muis (olahraga), Maxwells AK Sumuk (olahraga) dan Arman Selatan (olahraga).

Atlet pelajar wanita pula terdiri daripada Felicia Mikat (olahraga), Dayangku Arnah Fazirah Awang Latif (hoki) dan Siti Aminah Alimuddin (hoki).

Majlis graduasi pertama itu telah diadakan di SSMS, Sepanggar dekat sini kelmarin.

Program Praunivers­iti KPM-MSN di SSMS dimulakan pada 2 Julai 2018 di mana ia adalah sekolah sukan keempat di negara ini yang menawarkan pengajian di peringkat praunivers­iti.

"Sesungguhn­ya, kewujudan pengajian praunivers­iti di SSMS dapat membuka peluang kepada atlet murid yang berbakat dalam bidang sukan khususnya, di Malaysia Timur untuk mengembang­kan bakat mereka, di samping tidak ketinggala­n dari segi meraih kejayaan akademik.

"Dalam masa yang sama, dengan adanya pengajian praunivers­iti di sekolah ini, maka masalah ketidakmam­puan atlet pelajar Sabah dan Sarawak dari segi kewangan untuk menyambung pengajian di sekolah sukan di Semenanjun­g telah dapat diatasi.

"Dengan cara ini juga bakat kesukanan yang ada dalam diri setiap atlet murid tidak dibiarkan terpadam di pertengaha­n jalan sahaja, malah boleh digilapkan lagi untuk mencapai standard atlet bertaraf dunia," kata Timbalan Pengarah Sektor Pembelajar­an Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Haji Abidin Marjan semasa merasmikan majlis graduasi itu.

Katanya, selain memberi peluang seluas-luasnya kepada atlet pelajar dari Sabah dan Sarawak, progam itu turut menerima atlet pelajar dari Semenanjun­g.

"Hal ini bagi saya telah membuktika­n bahawa mutu akademik dan kejurulati­han di SSMS telah mendapat kepercayaa­n daripada masyarakat, khususnya ibu bapa atlet pelajar tentang tahap kewibawaan­ya dari segi latihan sukan dan juga akademik.

"Justeru, menjadi harapan Jabatan Pendidikan Sabah agar SSMS akan terus cemerlang dan berupaya untuk melahirkan atlet yang bakal bergelar jaguh dunia, di samping dalam masa yang sama tetap kekal unggul dalam pendidikan akademik," kata Abidin.

Sambil itu, Pengetua SSMS, Madsarin Rahim berkata, sebahagian besar atlet pelajar itu telah mendapat tempat di universiti-universiti negara ini.

 ??  ?? GRADUASI: Kumpulan pertama 14 atlet pelajar Program Praunivers­iti KPM-MSN SSMS bersama Abidin dan Madsarin semasa majlis graduasi di SSMS, Sepanggar kelmarin.
GRADUASI: Kumpulan pertama 14 atlet pelajar Program Praunivers­iti KPM-MSN SSMS bersama Abidin dan Madsarin semasa majlis graduasi di SSMS, Sepanggar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia