Utusan Borneo (Sabah)

Quartararo dan Morbidelli tekad bangkit di MotoGP Catalunya

- QUARTARARO

KUALA LUMPUR: Dua pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli bertekad untuk melupakan kekecewaan dalam perlumbaan sebelum ini, dan menggandak­an usaha untuk mendapat keputusan lebih baik pada perlumbaan Catalunya Grand Prix (GP) di litar BarcelonaC­atalunya Circuit di Sepanyol, hujung minggu ini.

Quartarato yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua dalam edisi 2019 di litar berkenaan, jelas yakin untuk sekali lagi mempamerka­n persembaha­n memberangs­angkan kali ini.

“Saya memang nantikan saat ini, kerana rasanya saya boleh dapatkan keputusan yang baik nanti. Memang benar litar itu mempunyai satu kilometer laluan yang lurus, jadi kami (pelumba) perlu bekerja keras membuat persiapan menghadapi­nya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh pasukan berkenaan, semalam.

Bagi Morbidelli pula, beliau meletakkan sasaran untuk menaiki podium pada perlumbaan nanti, walaupun ketika ini beliau masih belum pulih sepenuhnya dari masalah sakit perut yang dialaminya semasa mengambil bahagian dalam perlumbaan Emilia Romagna GP di Itali.

“Banyak perkara positif yang diraih daripada perlumbaan di Misano, sebagai bekalan ke perlumbaan di Barcelona, kami akan cuba tampilkan persediaan yang cukup untuk memenangi perlumbaan,” katanya.

“Barcelona-Catalunya adalah litar yang penuh bersejarah, banyak kisah-kisah menarik mengenai perlumbaan MotoGP ada di sini.

Perlumbaan Catalunya GP akan bermula dengan sesi latihan bebas esok, diikuti dengan sesi kelayakan sebelum perlumbaan sebenar pada hari Ahad. — Bernama

 ??  ?? MORBIDELLI
MORBIDELLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia