Utusan Borneo (Sabah)

Atletico kelab baharu Suarez

-

MADRID: Atletico Madrid mengumumka­n pembelian penyerang Luis Suarez dari kelab Barcelona pada Rabu, sekali gus mengesahka­n bahawa penyerang antarabang­sa Uruguay itu akan terus beraksi dalam La Liga Sepanyol berbanding menyertai Juventus di Itali.

Barcelona berkata Atletico bersetuju untuk membayar enam juta euro untuk Suarez, yang meninggalk­an sesi latihan terakhir beliau dengan tangisan pada Rabu selepas diberitahu pada musim panas ini bahawa khidmat beliau tidak diperlukan oleh jurulatih baharu, Ronald Koeman.

Sejak menyertai Barca dari Liverpool pada 2014, Suarez sudah memenangi beberapa kejuaraan, termasuk Liga Juara-Juara pada 2015 dan empat kejuaraan La Liga Sepanyol.

Beliau meninggalk­an kelab sebagai penjaring ketiga terbanyak kelab dengan 198 gol, di belakang Cesar Rodriguez (232) dan Lionel Messi (634).

Perpindaha­n ke kelab pesaing itu dibuat berikutan dengan kegagalan untuk menyertai Juventus.

Jurulatih Juventus, Andrea Pirlo, mendedahka­n minggu lepas bahawa satu perjanjian mungkin sukar dimuktamad­kan kerana penangguha­n permohonan Suarez untuk mendapatka­n pasport Itali.

Pada Selasa, pendakwa raya di Perugia berkata mereka mengesyaki Suarez menipu untuk lulus ujian bahasa Itali dengan bantuan petugas peperiksaa­n yang disyaki membantuny­a.

Pemergian Suarez, 33, dari Camp Nou berlaku ketika Koeman cuba membina semula kelab.

Selain Suarez, Koeman juga melepaskan Arturo Vidal dan Ivan Rakitic, dengan pemain pertahanan, Samuel Umtiti, juga dijangka akan meninggalk­an kelab. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT JALAN: Gambar fail menunjukka­n Suarez tiba di pusat latihan Barcelona.
— Gambar AFP SELAMAT JALAN: Gambar fail menunjukka­n Suarez tiba di pusat latihan Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia