Utusan Borneo (Sabah)

DFB arah Bayern, Schalke mengikuti protokol

-

BERLIN: Badan induk bola sepak Jerman (DFB), berkata pada Rabu bahawa mereka telah memberi amaran kepada kelab Bayern Munich dan Schalke selepas pegawai kanan kedua-dua kelab dilihat duduk bersama semasa perlawanan pembukaan musim walaupun dengan peningkata­n kes COVID-19 di Munich.

Bayern membelasah Schalke 8-0 pada Jumaat lepas pada perlawanan di Allianz Arena yang berlangsun­g tanpa penonton untuk jumlah gol terbanyak pada hari pembukaan musim baharu Bundesliga Jerman.

Bayern, yang juga juara Eropah, mendapat kritikan terutama sekali dari media Jerman selepas pegawai kelab termasuk pengerusin­ya, Karl-Heinz Rummenigge, presiden kelab, Herbert

Hainer dan ahli lembaga pengarah, Oliver Khan, duduk berdekatan di zon tempat duduk VIP.

DFB mengkritik “anggota delegasi Bayern Munich dan

Schalke” kerana melanggar konsep kebersihan apabila tidak duduk pada jarak 1.50 meter dan gagal memakai pelitup muka.

Rummenigge sudah meminta maaf di atas kejadian itu dan berkata Bayern akan “melakukan yang lebih baik” menjelang perlawanan Piala Super UEFA menentang Sevilla di Budapest. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? ‘SUPER NENEK’:
Gambar yang diambil pada 17 September 2020 ini menunjukka­n seorang wanita warga emas berusia 70 tahun giat bersenam di pusat gim di Shanghai. Nenek dengan nama Chen Jifang itu menjadi selebriti tempatan kerana kemampuan melakukan senaman pada usia lanjut.
— Gambar AFP ‘SUPER NENEK’: Gambar yang diambil pada 17 September 2020 ini menunjukka­n seorang wanita warga emas berusia 70 tahun giat bersenam di pusat gim di Shanghai. Nenek dengan nama Chen Jifang itu menjadi selebriti tempatan kerana kemampuan melakukan senaman pada usia lanjut.
 ?? * Gambar AFP sebagai hiasan ??
* Gambar AFP sebagai hiasan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia