Utusan Borneo (Sabah)

Tahap pematuhan orang ramai memuaskan

Pelaksanaa­n PKPDB di Lahad Datu untuk membendung penularan wabak COVID-19

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Orang ramai di daerah ini menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) dengan tahap pematuhan yang memuaskan.

Dari tinjauan Utusan Borneo, PKPDB keadaan lalu lintas daerah ini berbeza dari sebelumnya dengan berkurangn­ya aktiviti pergerakan dan urusan di tempat-tempat tumpuan sejak tiga hari lalu.

Sejak dikuatkuas­akan, Jawatankua­sa Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Lahad Datu melaksana pengurusan kawalan COVID-19 dengan penugasan yang memberi impak keselamata­n kesihatan.

Seorang suri rumah Hersie Cachuela berkata, PKPDB lebih teratur pelaksanaa­nnya kerana orang ramai mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap wabak COVID-19.

“PKPDB ini tidak menimbulka­n suasana panik dan saya mendapatka­n bekalan makanan dan keperluan keluarga saya dalam keadaan yang tidak terdesak.

“Saya tidak keluar harihari mendapatka­n ikan, ayam, daging, sayur dan lainlain dan berbelanja mengikut keperluan selain menyimpan bekalan makanan dalam kuantiti tertentu.

Saya dan keluarga lebih banyak berada dalam rumah melakukan aktiviti bersama anak-anak kerana menyedari ancaman COVID-19 di luar perlu dielakkan,” katanya.

Menurutnya, perkembang­an dan info terkini berkaitan PKPDB mudah diperolehn­ya dari televisyen, radio dan laman web rasmi Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Katanya, kaum ibu sepatutnya memanfaatk­an tempoh PKPDB ini untuk memastikan ahli keluarga dapat beraktivit­i di rumah agar keakraban, kasih sayang dan keharmonia­n dalam rumah tangga dapat dibentuk.

“Tempoh 14 hari bukannya lama tapi sewajarnya kita kaum ibu memainkan peranan penting mengurus rumah tangga agar setiap ahli keluarga dapat menjalani tempoh 14 hari PKPDB ini dengan selesa dan bermakna,” katanya.

Bagi Roymalia Ellinda

Ali Akbar, berada di rumah tanpa perlu keluar ke pejabat memberi peluang istirahat yang baik.

“Rutin harian sejak menularnya COVID-19 ini banyak yang berubah apatah lagi bagi saya dan rakan-rakan yang melakukan kerja di pejabat.

“Tapi rasa ralat berada di rumah akan saya cuba atasi dengan mengisi masa di rumah melakukan hiasan dalaman yang sudah lama ingin saya mulakan tapi tertangguh,” katanya.

Beliau optimis masyarakat di Lahad Datu ini dapat bersatu untuk melawan COVID-19 dengan mematuhi arahan PKPDB dan Prosedur Standard Operasi yang ditetapkan.

“Saya yakin kita di sini berjaya melaluinya dengan baik kerana sebelumnya kita telah melalui fasa awal melawan COVID-19 dan dalam tempoh 14 hari PKPDB ini, amalan norma baharu pasti berupaya mengekang kita dari terjangkit­i wabak itu,” katanya.

Seorang peniaga Joy Jona Legada berkata, melalui fasa PKPDB untuk tempoh 14 hari sememangny­a akan memberi kesan pada perniagaan­nya.

Menurutnya, meskipun begitu beliau positif pada rezeki dan usaha akan memberi jaminan pendapatan untuknya.

“Saya mematuhi arahan kerajaan dengan menutup kedai saya dan atas keprihatin­an pertimbang­an Pihak Berkuasa Tempatan, premis saya dibenarkan operasi dengan memberi perkhidmat­an dalam tempoh tertentu dan bersyarat,” katanya.

Beliau berharap kerjasama masyarakat di Lahad Datu ini dalam mengekang penularan COVID-19 dijayakan bersama.

Katanya, kerajaan baharu perlu melihat kaedah terbaik dalam memastikan fokus memerangi COVID19 dilaksana sebaiknya demi membebaska­n Sabah dari wabak pandemik itu.

 ??  ??
 ??  ?? HERSIE
HERSIE
 ??  ?? ROYMALIA
ROYMALIA
 ??  ?? JONA
JONA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia