Utusan Borneo (Sabah)

Empat lagi ditangkap untuk reman

Ingkar perintah kuarantin dikeluarka­n Jabatan Kesihatan

- Oleh Henry Bating

LABUAN: Menyusul penahanan pengurus sebuah syarikat di Kota Kinabalu, empat orang lagi ditangkap kerana didapati ingkar Perintah Kuarantin (ANNEX 14b) yang dikeluarka­n Jabatan Kesihatan WP Labuan.

Ketua Polis Daerah WP Labuan Superinten­dan Mohamad Farid Ahmad berkata, tangkapan pada 30 September itu melibatkan dua lelaki tempatan dan sepasang suami isteri warga asing.

“Keempat-empat yang ditangkap dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 1 Oktober bagi permohonan reman lima hari untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, tangkapan itu dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pasangan suami isteri warga asing masing-masing berumur 50-an ditahan jam 9 pagi apabila didapati berurusan di Jabatan Imigresen Labuan untuk memperbaha­rui dokumen IMM13 dan sengaja menanggalk­an gelang kuarantin COVID-19 tanpa kebenaran Jabatan Kesihatan.

Pasangan terbabit memasuki Labuan melalui Terminal Feri Antarabang­sa pada 27 September

dan diperintah kuarantin sepanjang 27 September sehingga 10 Oktober.

Dalam satu lagi tangkapan pada hari yang sama, dua lelaki tempatan yang masing-masing berumur 40-an dan 30-an ditahan ketika bekerja di satu lokasi pembinaan perumahan Kg Sungai Bangat dengan memakai gelang kuarantin.

Dua lelaki itu masuk ke Labuan melalui Terminal Feri Antarabang­sa pada 27 September dan diperintah kuarantin sepanjang 27 September sehingga 10 Oktober.

Namun kedua-duanya ingkar, mengabaika­n perintah kuarantin dan bekerja di tapak pembinaan walaupun telah dinasihatk­an penyeliany­a supaya patuh kepada perintah kuarantin.

Farid berkata, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Katanya, kes itu juga melanggar Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, tidak mematuhi perintah yang sah dari pegawai yang diberi kuasa.

Farid menegaskan, bagi kesalahan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, jika disabitkan kesalahan pertama, boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, atau denda atau keduaduany­a sekali.

Seterusnya, bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya hukuman penjara untuk tempoh tidak lebih lima tahun boleh dikenakan, atau denda atau kedua-duanya.

Sementara untuk kesalahan yang berterusan, denda selanjutny­a tidak melebihi RM200 setiap hari kesalahan dilakukan secara berterusan.

 ??  ?? FARID
FARID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia