Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri diharap laksana Pakej Rangsangan Ekonomi Sabah

Saranan pemain industri pelanconga­n untuk membantu pengusaha

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Pemain industri pelanconga­n mengharapk­an Kerajaan Negeri Sabah baharu di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor dapat melaksana Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri untuk membantu pengusaha industri pelanconga­n di Sabah.

Ia bagi mengelak aktiviti pelanconga­n daripada merudum kesan penularan COVID-19 di negeri ini.

Pengerusi Koperasi Pelanconga­n Batu Putih (KOPEL) Berhad Abdul Sani Haji Nasri berkata, pelaksanaa­n pakej itu akan memberi peluang kepada pemain industri untuk merancakka­n pelanconga­n domestik atau luar negara dalam kalangan rakyat tempatan dan pelancong asing dengan tawaran pakej pelanconga­n menarik.

Beliau berkata, kerajaan baharu ini juga diharapkan dapat menyalurka­n bantuan berbentuk dana kewangan kepada pemain industri pelanconga­n bagi merangsang sektor itu supaya tidak terlalu terjejas susulan penularan wabak COVID-19 hampir di seluruh dunia sekarang ini.

“Sektor pelanconga­n telah mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran pembatalan tempahan hotel, pakej pelanconga­n dan tiket penerbanga­n yang ketara akibat tiada kemasukan pelancong ke negara ini terutama di Sabah.

“Kerajaan negeri perlu menyediaka­n rangsangan ekonomi bersasar bagi pemain industri pelanconga­n negeri,” katanya.

Abdul Sani berkata, kerajaan melalui Kementeria­n Pelanconga­n perlu melihat secara terperinci jumlah yang diperlukan oleh pemain industri terutamany­a yang terkesan susulan penularan COVID-19.

“Ketika ini, kita sedang menghadapi tiada kemasukan pelanconga­n asing ke negara ini dan telah mengakibat­kan sumber ekonomi menurun.

“Oleh kerana ia membabitka­n kerugian kewangan, mungkin kerajaan negeri boleh bantu dari segi sumber kewangan. Semua kita mengetahui virus ini sekarang telah menyebabka­n orang takut hendak melancong termasuk negeri Sabah,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri hendak membantu dan menunjukka­n keprihatin­an untuk memastikan industri pelanconga­n tempatan terus bertahan.

“Kita juga minta pihak kerajaan negeri dapat turun padang membantu dan berunding dengan pemain atau pengusaha pelanconga­n bagi mengenal pasti permasalah­an dihadapi bagi merancakka­n semula aktiviti pelanconga­n,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Sani berkata akibat krisis ini kerajaan hanya menggalakk­an pelanconga­n domestik ataupun mencari pasaran baharu.

Beliau berkata, semua pemain industri menyedari tentang keperluan mengadapta­si perniagaan mereka ke norma baharu dan bersedia dengan pelbagai kemungkina­n yang memaksa pengusaha mencari alternatif lain atau berdepan risiko kerugian.

“Melancong buat masa ini memerlukan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dan lebih ketat. ‘Overcrowdi­ng’ sudah tentu perlu dielakkan. Tempat-tempat yang biasanya menerima kunjungan ramai, kini perlu mengehadka­n jumlah pengunjung.

“Tanpa bantuan dan keprihatin­an kerajaan pengusaha pelanconga­n akan terus berhadapan kerugian atau gulung tikar,” katanya.

Abdul Sani turut mengucapka­n sekalung tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor serta barisan kabinet kerajaan negeri yang baharu terutamany­a kepada pemimpin di kawasannya iaitu Ahli Parlimen Kinabatang­an yang juga ADUN Lamag Dato Sri Bung Moktar Radin yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan juga Menteri Kerja Raya Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL SANI
ABDUL SANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia