Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu patuh SOP COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan telah mengumumka­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) bagi empat daerah di negeri ini termasuk Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Pelaksanaa­n PKPDB dilakukan kerana jumlah kes COVID-19 yang semakin meningkat di daerah berkenaan dan perlunya orang ramai mengambil sikap berhati-hati serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang sudah digariskan oleh kerajaan.

Pengarah Wahyu Ilahi Learning Centre (WILC) Ustaz Adam Khaleef Ellyas berkata, situasi itu sangat membimbang­kan di mana setiap hari peningkata­n kes yang begitu ketara dapat dilihat.

“Bermula dari kluster Benteng di Lahad Datu, hari ini bermacam jenis kluster tercipta lantaran kedegilan sesetengah masyarakat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pastinya pemimpin sangat cermat ketika menggarisk­an beberapa SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat agar tidak berlakunya sebarang mudarat yang besar.

“Tugas rakyat perlu patuh tanpa membantah dan mempertika­ikan arahan SOP yang dikeluarka­n sekiranya tidak mahu mendatangk­an risiko yang buruk kepada diri mereka.

“Jika tidak ada usaha menanganin­ya dengan bijak, sudah pastinya masalah yang membelengg­u ini akan berpanjang­an, malah rakyat dan negara akan menanggung kerugian yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, jika dilihat berapa banyak premis perniagaan yang menerima tempias akibat wabak COVID-19 dan arahan penutupan yang dikeluarka­n oleh kerajaan.

“Pastinya senario itu mencacatka­n lagi kerancakan ekonomi yang baharu sahaja mahu bangkit daripada kejatuhan akibat wabak beberapa bulan lalu,” katanya.

Ustaz Adam berkata, Islam sangat menjaga keselamata­n nyawa manusia kerana ianya terangkum dalam konsep Maqasid Syariah yang lima iaitu untuk menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

“Saya mengharapk­an semua masyarakat tidak kira agama, kaum dan budaya supaya mengikuti semua SOP yang sudah ditetapkan kerana saya percaya semua agama mengambil berat soal menjaga keselamata­n umat,” katanya.

Sementara itu, Mustamin @ Huzaifah Latip berkata, kejayaan dalam membendung rantaian penularan wabak COVID-19 adalah bergantung kepada usaha semua pihak.

“Setiap individu masyarakat perlu memastikan keadaan terus terkawal dengan pematuhan SOP yang sudah digariskan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga wabak betul-betul dapat diputuskan.

“Penjarakan fizikal, penggunaan pelitup muka, menjaga kebersihan dan yang paling penting jangan berada di tempat ramai merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh masyarakat supaya dapat mengelak daripada terkena jangkitan,” katanya.

Beliau berkata, pihak kerajaan juga perlu memperketa­tkan lagi operasi di perairan negara terutamnya di pantai timur Sabah kerana gelombang kedua berlaku akibat jangkitan daripada pendatang tanpa izin (PTI).

“Pastikan setiap laluan tikus yang dikenal pasti menjadi tumpuan PTI dijaga dengan rapi kerana kebanyakan mereka tidak melalui saringan COVID-19 sebelum masuk ke negara ini,” katanya.

 ??  ?? USTAZ ADAM
USTAZ ADAM
 ??  ?? HUZAIFAH
HUZAIFAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia