Utusan Borneo (Sabah)

SABAH PERUNTUK RM50 JUTA

Sebagai bantuan kepada rakyat terjejas COVID-19, kata Hajiji

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk menyediaka­n peruntukan segera berjumlah RM50 juta sebagai bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta diperuntuk­kan untuk bakul makanan kepada penduduk-penduduk yang terkesan.

Menurutnya, ia membabitka­n penduduk di empat daerah yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) iaitu Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kunak.

“Semua pengurusan berkaitan isu-isu COVlD-19 akan dikendalik­an sepenuhnya oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana COVlD19

Negeri.

“Jawatankua­sa ini dipengerus­ikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah menjadi timbalan pengerusi.

“Ahli-ahli di bawah jawatankua­sa ini terdiri daripada agensi-agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jemaah Menteri di sini semalam.

Hajiji berkata, Sabah COVID-19 Command Centre kini dimansuhka­n dan peranannya diambil alih oleh jawatankua­sa berkenaan.

Selain itu katanya, mesyuarat berkenaan turut membincang­kan isu penularan pandemik COVID-19 di Sabah.

Beliau berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat berkenaan dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 di samping membantu rakyat yang terjejas.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan II yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, dan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim.

 ??  ?? MESYUARAT: Hajiji (depan, kiri), Bung (depan, kanan) bersama Jeffrey (dua kiri), Masidi (kiri), Joachim (dua kanan) dan Jahid (kanan) semasa Mesyuarat Jemaah Menteri.
MESYUARAT: Hajiji (depan, kiri), Bung (depan, kanan) bersama Jeffrey (dua kiri), Masidi (kiri), Joachim (dua kanan) dan Jahid (kanan) semasa Mesyuarat Jemaah Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia