Utusan Borneo (Sabah)

Chaya nafi dakwaan keluar UMNO

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan Chaya Sulaiman menafikan dakwaan beliau bakal keluar parti UMNO seperti mesej yang diterima oleh sebahagian penduduk di daerah ini.

Beliau berkata, perkara itu sengaja dibuat pihak tidak bertanggun­gjawab yang mempunyai motif politik jahat untuk terus melakukan serangan peribadi walaupun Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah berakhir.

“Tidak sangka serangan peribadi seumpama ini masih belum berakhir walaupun PRN sudah berlalu dan masih ada juga pihak yang tidak berpuas hati menyebarka­n fitnah sedemikian,” katanya ketika dihubungi.

Chaya yang juga calon tunggal wanita Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, menegaskan berita tular itu palsu.

“Sejak semalam saya dan enam jawatankua­sa UMNO turut menerima maklumat itu kononnya kami akan keluar dari Barisan Nasional (BN), tidak tahu siapa dan dari mana maklumat itu mereka terima,” katanya.

Menurutnya, ketika ini beliau sedang menjalanka­n tempoh kuarantin di rumah sejak Isnin lalu dan menunggu keputusan saringan COVID19.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian UMNO Kalabakan Andi Muhammad Suryadi Bandy turut menafikan dakwaan mana-mana pemimpin di bahagianny­a bakal keluar parti.

“Ia merupakan mesej berantai dan kita percaya ianya didalangi musuh politik yang sengaja mahu memecah belahkan kesatuan dalam UMNO.

“Pihak kami akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan berharap pihak berkuasa dapat menjejaki mereka yang berniat jahat cuba menularkan mesej palsu itu,” katanya.

Sejak pagi semalam, wartawan Utusan Borneo turut menerima mesej berkenan yang mendakwa Chaya bakal keluar daripada partinya dalam masa terdekat berikutan kekalahan tipis kepada calon Parti Warisan Sabah (WARISAN) dalam PRN lalu disebabkan ada unsur sabotaj daripada ahli BN sendiri.

Mesej tular itu turut mendakwa beberapa AJK Bahagian, Wanita dan Pemuda UMNO Kalabakan bakal mengambil tindakan sama.

Pada PRN lalu, Chaya kalah dengan majoriti 10 undi kepada pencabar terdekatny­a, Rina Jainal daripada WARISAN yang memperoleh 2,834 undi.

 ??  ?? CHAYA
CHAYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia