Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan Rentas Daerah di Sabah mulai 3 Oktober

- Dari Muka 1

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanak­an Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah mulai jam 12.01 tengah malam 3 Oktober hingga 16 Oktpber, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau bagaimanap­un berkata perkhidmat­an perlu seperti bekalan makanan, perubatan, keselamata­n dan lain-lain dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas daerah.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuaranti­n dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjun­g, Sarawak dan Labuan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembang­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, semalam.

Menurut Ismail Sabri, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini, kekal berkuat kuasa seperti biasa.

Katanya sebarang maklumat lanjut akan dimaklumka­n oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankua­sa Bencana Alam COVID Sabah yang dipengerus­ikan setiausaha kerajaan negeri.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kementeria­n Kesihatan (KKM) tidak pernah menyiarkan nama individu yang positif COVID-19 kerana perkara tersebut tertakluk di bawah Akta Perlindung­an Data Peribadi, dan mana-mana pihak yang mengeluark­an nama individu dijangkiti wabak berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Begitu juga dengan arahan kuarantin 14 hari yang hanya KKM sahaja boleh mengeluark­an surat pengesahan kepada setiap individu sama ada mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID19 atau yang mempunyai gejala.

“KKM akan memaklumka­n mengenai kuarantin 14 hari melalui surat yang akan dihantar kepada mereka yang terlibat,” katanya.

Justeru, beliau mengingatk­an orang ramai supaya tidak terpengaru­h dan tidak menjadi penyebar berita palsu kerana perkara itu boleh menyebabka­n kebimbanga­n dalam kalangan masyarakat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 98 individu kerana ingkar arahan PKP semalam dengan 95 dikompaun dan tiga lagi direman, melibatkan kesalahan seperti penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal lunas caj kuarantin.

Menerusi Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara, beliau berkata seramai 59 pendatang tanpa izin ditangkap, selain tiga kenderaan darat dan sebuah bot turut dirampas.

Mengenai kuarantin wajib, seramai 38,321 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai hingga 30 September dan ditempatka­n di 66 hotel dan 11 premis termasuk institut latihan awam (ILA) dan institusi pengajian swasta.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 8,698 individu sedang menjalani kuarantin wajib manakala 106 lagi dihantar ke hospital untuk rawatan, selain 29,517 individu telah didis caj dan dibenarkan pulang.—Bernama

 ??  ?? ISMAIL SABRI
ISMAIL SABRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia