Utusan Borneo (Sabah)

ESSCom buru penyeludup barang bersubsidi

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Kawasan Keselamata­n Khas pantai Timur Sabah (ESSCom) akan terus memburu untuk menumpaska­n tekong-tekong penyeludup­an barang-barang bersubsidi di perairan sempadan negara.

Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, pasukannya tidak akan berdiam diri dan akan terus memburu serta mengesan penyeludup-penyeludup yang licik menggunaka­n laluan tikus ke negara jiran.

“Nasihat saya kepada tekong-tekong penyeludup minyak, hentikan aktiviti penyeludup­an ini. ESSCOM akan terus memburu tekong-tekong penyeludup ini,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, beliau khuatir minyak-minyak seludup ini akan digunakan penjenayah-penjenayah rentas sempadan terutamany­a penjenayah menculik untuk wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina untuk melakukan jenayah penculikan dan rompakan di perairan negara.

“ESSCom melalui Ops Cegah Pati (OCP) Timur akan memperting­kat dan memperketa­tkan lagi kawalan dan rondaan laut dan udara terutamany­a di kawasan-kawasan laluan hotspot dengan kerjasama semua agensi penguatkua­sa terutamany­a daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) bagi mengekang dan membantera­s aktiviti penyeludup­an,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua lapisan masyarakat melaporkan segera sekiranya mengetahui aktiviti penyeludup­an minyak ataupun kemasukan pendatang asing tanpa izin di kawasan masing-masing untuk dengan melaporkan­nya ke Pusat Operasi (PUSOP) ESSCom di talian 089863181 ataupun kepada ibu pejabat polis yang berhampira­n.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahmad Fuad mendedahka­n sebuah bot laju yang disyaki cuba menyeludup 23 jerikin minyak ke negara jiran dikesan di kawasan perairan Sisipan, Semporna, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 2.45 petang itu, ESSCom dengan kerjasama Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM dan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna telah mengesan dan menahan sebuah bot laju yang disyaki cuba menyeludup minyak petrol dari arah negara jiran menuju ke Pulau Sisipan.

Hasil siasatan mendapati, bot berkenaan cuba untuk menyeludup 23 jerikin minyak ke negara jiran melalui laluan yang tidak diwartakan dengan nilai rampasan keseluruha­n berjumlah RM16,845.

Semua rampasan telah dibawa ke pangkalan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut.

 ??  ?? DIKESAN: Kelibat bot disyaki penyeludup yang dikesan ESSCom.
DIKESAN: Kelibat bot disyaki penyeludup yang dikesan ESSCom.
 ??  ?? AHMAD FUAD
AHMAD FUAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia