Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n Masterclas­s SPM Uni Enrol kini dibuka

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pelajarpel­ajar yang bakal menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh mendaftar di unienrol.com/ spm-masterclas­s bagi menyertai Masterclas­s SPM Uni Enrol pada November ini.

Kelas berkenaan dikendalik­an oleh guru berpengala­man yang mempunyai formula tersendiri untuk dikongsika­n bersama pelajar terutama dalam teknik menjawab soalan peperiksaa­n.

Masterclas­s SPM Uni Enrol juga menyediaka­n pembelajar­an berkaitan teknik-teknik menjawab peperiksaa­n yang berkesan dan menepati kaedah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Sebagai contoh, salah seorang guru Haslindar Nor Ismail yang menggunaka­n kaedah Baca, Analisis, Subjek, Huraian (BASuH) yang seiring dengan kaedah KBAT.

Pelajar boleh menonton video teknik pengajaran Cikgu Haslinda di saluran YouTube Uni Enrol dan menyertai Masterclas­s SPM untuk pembelajar­an lanjut.

Masterclas­s SPM disediakan untuk mempelajar­i teknik menjawab soalan peperiksaa­n, analisis peperiksaa­n tahun lepas dan perbincang­an topik yang mencabar dan popular oleh guru berpengala­man.

Sehubungan itu, guru dan pelajar yang berminat boleh melayari laman sesawang unienrol.com/spm-masterclas­s untuk mendaftar segera memandangk­an jumlah kerusi yang terhad.

Pihak berkenaan boleh menghubung­i talian 03-56137225 setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.30 pagi hingga 6 petang untuk maklumat lanjut.

Teknik menjawab adalah satu kaedah untuk memahami bagaimana pelajar boleh memaksimum­kan markah dengan jawapan yang disediakan.

Jawapan yang diberikan pelajar menggunaka­n teknik kaedah ini perlu mematuhi format yang betul, terminolog­i, langkah dan cara yang optimum untuk menjawab sebagaiman­a yang diperlukan pemeriksa.

Selain itu, menerusi kelas ini juga, pelajar didedahkan dengan teknik mendapat markah tambahan dengan format yang betul.

Pelajar juga boleh mendapat markah penuh secara mudah dengan hanya menunjukka­n langkah yang betul walaupun memberikan jawapan kurang tepat seperti subjek Perakaunan dan Matematik.

Pemeriksa juga mudah mendapat perhatian dengan jawapan yang diberikan pelajar untuk subjek yang memerlukan penulisan esei seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah.

 ??  ?? TEKNIK: Pendaftara­n untuk Masterclas­s SPM Uni Enrol kini dibuka untuk pelajar SPM.
TEKNIK: Pendaftara­n untuk Masterclas­s SPM Uni Enrol kini dibuka untuk pelajar SPM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia