Utusan Borneo (Sabah)

Isu tempat letak kereta di KL: Wakil rakyat mohon DBKL beri masa

-

KUALA LUMPUR: Beberapa wakil rakyat di Kuala Lumpur memohon agar Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimb­angkan untuk tidak mengenakan saman terhadap pengguna tempat letak kereta bahu jalan dalam tempoh sebulan ini.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka memaklumka­n arahan terbaharu itu sudah pasti memberi kesan kepada pengguna yang perlu bertukar daripada aplikasi lama kepada baharu, termasuk isu baki akaun JomParking yang perlu dipindahka­n atau dipulangka­n kepada pengguna.

“Pengguna yang tidak biasa menggunaka­n e-wallet juga akan terkesan dengan ketiadaan mesin pembayaran fizikal dan kempen kesedaran bersesuaia­n juga perlu dilaksanak­an segera,” menurut kenyataan itu, semalam.

Kenyataan bersama itu dikeluarka­n sembilan Ahli Parlimen iaitu Tan Kok Wai (Cheras); Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Hannah Yeoh (Segambut), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangs­a), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), P. Prabakaran (Batu), Lim Lip Eng (Kepong) dan Datin Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju).

Kelmarin, DBKL memaklumka­n kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di ibu negara bermula semalam dengan menggunaka­n salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet iaitu EZ Smart Park, Flexiparki­ng, Wilayah Parking atau M-Cash bagi menggantik­an penggunaan mesin.

Kenyataan bersama itu turut meminta agar isu baki akaun JomParking diselesaik­an dengan segera, sama ada dengan pemindahan baki tersebut daripada akaun JomParking ke mana-mana akaun e-wallet lain yang dipilih pengguna atau dengan pemulangan baki penuh kepada pengguna.

“Sebagai wakil rakyat Kuala Lumpur, kami akan terus memantau isu ini dan bersedia membantu DBKL dan pengusaha JomParking untuk mencari penyelesai­an terbaik demi kebaikan warga Kuala Lumpur. Kami berharap isu ini akan dapat diselesaik­an segera dengan cara yang terbaik,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia