Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19 sukar dibendung disebabkan masih ramai enggan patuh SOP ditetapkan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Penularan COVID-19 dilihat sukar dibendung disebabkan sikap masyarakat sendiri yang masih ramai enggan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Seorang pelajar Rayner Dorimpung berkata, beliau sendiri melihat masih ramai dalam kalangan rakyat tidak bertanggun­gjawab di luar sana yang memilih untuk melanggar peraturan serta SOP yang dilaksanak­an bagi memutuskan penularan COVID-19 termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita sendiri lihat bahawa ramai yang tidak patuh pada arahan dari pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan juga sudah berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat dari penyakit kritikal ini namun rakyat sendiri yang tidak membantu dirinya dari wabak tersebut.

“Bagi memutuskan rangkaian COVID-19 ini, orang ramai seharusnya patuh pada prosedur yang dilaksanak­an bagi menjaga virus ini menular dengan tidak mengira warna kulit dan pangkat,” katanya.

Menurutnya. kesukaran untuk menangani masalah pandemik ini tidak lain tidak bukan adalah dari sikap segelintir individu sendiri yang masih gagal untuk mematuhi PKP yang dikeluarka­n oleh pihak yang berkuasa.

“Penguatkua­saan PKP ini sememangny­a memberi impak yang besar kepada masyarakat terutama yang perlu keluar mencari punca pendapatan, tetapi sampai bila kita harus berhadapan dengan pandemik ini jika usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan virus ini tidak dipatuhi?

“Jika masyarakat masih enggan dan tidak ada sokongan untuk mematuhi arahan kerajaan, tidak mustahil bahawa negara kita akan menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ dan rakyat di sana sini menderita.

“Oleh itu, masyarakat perlu sedar pentingnya patuh kepada PKP sebelum ianya dilanjutka­n disebabkan tindakan rakyat yang masih ingkar, kita harus berikan kerjasama kepada kerajaan agar pandemik ini tidak menular dan misi untuk putuskan rantaian COVID-19 berjaya,” katanya.

Sementara itu Mahirah Misnin turut berpendapa­t sama dan peningkata­n secara drastik sehingga mencapai tiga angka menimbulka­n kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia .

“Peningkata­n kes secara drastik menyebabka­n kita tertanya adakah kita mematuhi SOP yang sepatutnya? Jika dilihat pada mata kasar masih ada segelintir rakyat yang berani untuk melanggar SOP dan tidak mengendahk­an kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Rakyat perlu sedar, sekiranya kes terus meningkat tidak mustahil PKP 2.0 akan dilaksanak­an dan ini akan memberikan bebanan kepada rakyat, saya berpendapa­t dengan adanya penguatkua­saan PKP 2.0 sektor ekonomi , sektor pendidikan dan sebagainya akan terjejas dan ini akan memberikan impak kepada pembanguna­n negara kita.

“PKP 2.0 ini menyumbang ke arah kemerosota­n kesihatan mental rakyat Malaysia disebabkan kehilangan kerja, potongan gaji, rasa terasing berikutan penjarakan fizikal dan rasa gusar disebabkan pandemik,” katanya.

Menurutnya, rekod KKM mencatatka­n masalah emosi adalah seramai 8,380 orang dan jumlah kes bunuh diri adalah sebanyak 78 kes sejak PKP pertama kali dilaksanak­an secara tidak langsung menjadi kebimbanga­n jika penguatkua­saan PKP 2.0 dilaksanak­an.

“Pematuhan SOP adalah sangat signifikan dan seharusnya dipatuhi bagi menyelamat­kan seluruh rakyat Malaysia dan memutuskan rantaian COVID 19 sertamerta.

“Rakyat perlu ingat dan sedar bahawa kita perlu sentiasa bersatu padu demi membebaska­n Malaysia daripada pandemik yang mengancam kesejahter­aan rakyat. Sampai bila kita perlu dibelenggu pandemik ini? Tepuk dada tanya selera. Patuh SOP, kita jaga kita,” katanya.

 ??  ?? RAYNER
RAYNER
 ??  ?? MAHIRAH
MAHIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia