Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Pusat, negeri diminta segerakan bantuan fasiliti rawatan COVID-19 di kawasan merah

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan Pusat dan dan negeri diminta menyegerak­an bantuan fasiliti untuk merawat pesakit COVID-19 yang semakin meningkat di kawasan-kawasan merah.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) Brigadier Jeneral Tan Sri Liew Yun Fah berkata, kerajaan perlu memainkan peranan dengan segera terutamany­a menghantar bantuan untuk keperluan pesakit COVID19 di Hospital Besar Tawau.

“Saya difahamkan fasiliti di Hospital Besar Tawau semakin berkuranga­n memandangk­an pertambaha­n kluster-kluster dan jumlah pesakit COVID-19 di Tawau dan Semporna.

“Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) memang sangat bagus, tetapi keperluan merawat juga perlu ditambah bagi memudahkan para doktor merawat pesakit,” katanya ketika mengadakan sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang baharu juga perlu mengutamak­an dahulu menangani masalah penularan COVID-19 di negeri ini sebelum merangka sesuatu pembanguna­n.

“Kita sedia maklum pembanguna­n memang sangat penting tetapi yang lebih penting keselamata­n rakyat kerana sekiranya tiada perhatian yang serius diambil akan menyebabka­n wabak ini merebak lebih luas lagi.

“Saya berkeyakin­an kerajaan negeri yang baharu ini akan bertindak lebih efisien memandangk­an kerajaan ini mempunyai hubungan baik dengan Persekutua­n,” katanya.

Menurutnya, jika diperhatik­an daripada laporan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), penduduk di pulau-pulau Semporna merupakan penyumbang terbanyak pesakit COVID19.

“Saya mencadangk­an, pihak kerajaan mempertimb­angkan untuk membuat ujian saringan terhadap semua penduduk di pulaupulau terbabit supaya boleh membendung masalah penularan.

“Kerajaan juga perlu menurunkan bantuan keperluan harian kepada kawasan-kawasan yang terjejas kerana sudah pasti ramai yang tidak boleh turun bekerja dan terputus sumber pendapatan,” katanya.

Liew berkata, PHRS dalam masa terdekat ini akan turut membantu kerajaan menangani masalah ini dari peringkat akar umbi dengan mengedar pelitup muka dan cecair sanitasi di kampungkam­pung.

“Hal ini kerana menyedari tugas ini tidak hanya diletakkan di bahu pihak kerajaan sahaja, tetapi ianya perlu kerjasama semua pihak supaya negeri Sabah boleh bebas daripada wabak.

“Saya juga memohon mana-mana institusi atau badan-badan bukan kerajaan membantu pihak kerajaan untuk menyalurka­n bantuan kepada orang awam terutamany­a di kampungkam­pung,” katanya.

 ??  ?? LIEW
LIEW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia