Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam sentiasa dipantau untuk elak ketirisan

-

SEREMBAN: Penjawat awam sentiasa dipantau oleh pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Audit Negara, bagi memastikan tidak berlakunya ketirisan dan rasuah ketika menjalanka­n tugas, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerjapek­erja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Adnan Mat.

Beliau berkata selain itu, penjawat awam turut dipantau oleh ketua perkhidmat­an masing-masing, selain perlu mematuhi pekeliling perkhidmat­an dan garis panduan sedia ada.

“Kita telah ada Jabatan Audit Negara yang membuat laporan setiap tahun dan segala tindakan hasil ketirisan ini atau apa-apa penemuan oleh jabatan ini, akan diambil tindakan oleh jabatan yang berkaitan.

“Jadi dengan itu, tidak timbul isu berlakunya ketirisan sebab tindakan awal telah pun dibuat... mungkin apa yang dimaksudka­n oleh Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Datuk Seri Azam Baki) tadi adalah isu-isu dan aduan yang mereka terima, yang ada diantarany­a bersifat tidak berpuas hati dengan pihak yang lain,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian mesyuarat agung Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjun­g Malaysia (Cawangan Negeri Sembilan) ke-22 yang dirasmikan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Hamdan Ali.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Azam Baki hari ini dipetik sebagai berkata kes rasuah melibatkan ketirisan perolehan kerajaan membabitka­n penjawat awam dilihat semakin kritikal di mana 50 peratus daripada kerja-kerja penyiastan SPRM melibatkan kes-kes tersebut.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Adnan berharap kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim, dapat diselesaik­an dengan segera.

“Pada masa ini CUEPACS sentiasa memantau perkembang­an terkini membabitka­n kes siasatan Allahyarha­m Muhammad Adib dan sentiasa memberi sokongan kepada pihak berkuasa dalam meneruskan siasatan agar keadilan dapat ditegakkan.

“Dalam masa yang sama CUEPACS berharap isu ini tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentinga­n sesetengah pihak sahaja,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mengalami kecederaan parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 September tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia