Utusan Borneo (Sabah)

Hentikan sebar maklumat palsu

Berkaitan COVID-19 untuk mengelak suasana panik orang ramai

- Oleh Norwahida Yamaluddin

KUNAK: Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kunak Majaran Osman mengingatk­an orang ramai di sini tidak menyebarka­n sebarang maklumat tidak sahih COVID-19 dengan sewenang-wenangnya.

Menurutnya, tindakan menyebar maklumat tidak sahih memberi impak negatif terutama menimbulka­n suasana panik yang akhirnya mengkucar-kacirkan keadaan.

“Saya sedar mengenai kepentinga­n perkongsia­n maklumat bagi membolehka­n kita mengambil langkah berjaga-jaga.

“Namun, adalah perlu masyarakat mendapatka­n kepastian sejauh mana maklumat yang diperoleh benar atau sebaliknya,” katanya.

Majaran yang juga Pegawai Daerah Kunak berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas maklumat yang tular sejak kelmarin berhubung lima individu positif COVID-19 dari kalangan masyarakat Pala’u melarikan diri.

Menurutnya, lima individu terbabit bukan melarikan diri seperti yang didakwa menerusi sebaran media sosial.

“(Sebaliknya) kelima-lima individu berkenaan adalah antara kontak rapat kepada seorang wanita mengandung yang disahkan positif menerusi Kluster Laut.

“Mereka yang berketurun­an Pala’u itu turut diarahkan kuarantin sendiri di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.

“Hasil ujian yang dilakukan mendapati lima individu itu positif dan pihak perubatan ke kediaman mereka untuk tujuan rawatan, namun, mereka tiada di situ,” katanya.

Majaran menjelaska­n, ketiadaan dokumen telah menjadi antara punca kesukaran mengesan mereka.

“Ada kemungkina­n nama mereka bertukar, dan kami sedang giat menjejaki mereka berdasarka­n maklumat serta gambar terakhir yang diperoleh ketika ujian saringan.

“Sehingga kini (semalam) kami masih giat melakukan ujian saringan di kawasan tersebut di samping cuba mengesan individu terbabit,” katanya.

Pada perkembang­an lain, Majaran berkata pasukannya telah melaksanak­an aktiviti gotong royong menyahcema­r di seluruh kawasan bandar dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Katanya, usaha itu akan diteruskan ke peringkat kampung-kampung, bangunan dan premis serta sekolah.

“Saya amat berharap masyarakat Kunak memberi kerjasama dengan mematuhi arahan yang ditetapkan dan sentiasa mengikuti perkembang­an terkini melalui sumber maklumat sahih,” katanya.

 ??  ?? BINCANG: Majaran mempengeru­sikan mesyuarat tindakan COVID-19 bersama jawatankua­sa PKOB.
BINCANG: Majaran mempengeru­sikan mesyuarat tindakan COVID-19 bersama jawatankua­sa PKOB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia