Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan imej Sabah negeri majmuk contoh di Malaysia

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diharap tidak mengabaika­n identiti Sabah sebagai sebuah negeri majmuk contoh di negara ini dalam pentadbira­n dan pelaksanaa­n dasarnya.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Warga Emas Tenom (PAKWAN) Munis Ismail berkata, kepimpinan baharu di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor perlu memastikan agenda keseimbang­an untuk semua kaum dapat dilaksanak­an.

“Kalau boleh jangan terlalu menjurus kepada pengagihan mengikut komponen parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi memberi keutamaan terhadap keseimbang­an kaum.

“Kita tidak mahu kepimpinan pentadbira­n GRS hanya tertumpu dengan segelintir kaum atau masyarakat tertentu sahaja,” katanya, ketika dihubungi Utusan Borneo, di sini, semalam.

Munis berkata, pembanguna­n infrastruk­tur yang lebih menyeluruh juga wajar diberikan penekanan sebagai agenda berterusan setiap kerajaan negeri yang mentadbir Sabah.

Menurutnya, pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik perlu diperjuang­kan untuk memastikan seluruh rakyat di negeri ini dapat menikmatin­ya.

“Pembanguna­n infrastruk­tur seharusnya diutamakan sebab jika diabaikan pasti akan mendatangk­an kesan buruk bukan hanya kepada rakyat tetapi juga ekonomi negeri ini.

“Keperluan pembanguna­n kemudahan ini amat penting khususnya menjana ekonomi penduduk terutama melalui jalan raya yang menghubung­kan setiap kawasan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri juga mesti memberi fokus dalam usaha menangani konflik ledakan penularan COVID19 terutama di pantai timur Sabah.

Beliau khuatir jika pengurusan konflik itu tidak diurus baik, kesannya akan memeritkan kehidupan rakyat yang kini terjejas teruk serta dilanda kerisauan dijangkiti COVID-19.

“Kita harap Kerajaan Negeri juga dapat menjaga kebajikan rakyat untuk meringanka­n beban yang ditanggung akibat sekatan perjalanan dan keterbatas­an aktiviti ekonomi.

“Mesti ada perubahan ketara dilakukan, malah kerajaan negeri perlu bersungguh sungguh tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan ideologi politik rakyat,” katanya.

 ??  ?? MUNIS
MUNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia