Utusan Borneo (Sabah)

Program Angkat Rumah Panjang SEB bermanfaat

Lebih 15,000 penduduk 15 kampung di bawah BRS mula menikmati manfaat daripada program berkenaan

-

KUCHING: Lebih 15,000 penduduk melibatkan 15 kampung di bawah Skim Penempatan Semula Bakun (BRS) mula menikmati manfaat daripada Program Angkat Rumah Panjang yang diperkenal­kan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Program lima tahun ini diperkenal­kan SEB pada 2019 sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat kepada tanggungja­wab sosial korporat.

Di bawah program lima tahun ini, kesemua 15 rumah panjang ini diangkat mengikut pusingan dalam usaha untuk memperbaik­i sokongan kepada penduduk di setiap rumah panjang yang terlibat.

Setiap rumah panjang akan membuat keputusan mengenai aspek penambahba­ikan yang akan difokuskan termasuk fasiliti asas dan infrastruk­tur, kecantikan rumah panjang, aktiviti pemelihara­an budaya serta pembanguna­n komuniti.

SEB menerusi kenyataan berkata satu perjumpaan telah diadakan bersama pemimpin komuniti mewakili 15 kampung BRS baru-baru ini bagi mengemas kini pihak berkepenti­ngan dan Pegawai

Daerah Belaga mengenai program ini.

Kumpulan pertama yang menerima manfaat daripada program ini pada tahun 2019 melibatkan tiga rumah panjang iaitu Uma Ukit, Uma Lahanan dan Uma Penan Talun.

Manakala pada 2020 ini, hampir 4,000 penduduk dari Uma Lesong, Uma Badeng dan Uma Bawang dijangka mendapat manfaat daripada beberapa projek di bawah program ini.

Pemanca Umek Jeno dalam pada itu memuji usaha SEB bekerjasam­a dengan penduduk BRS ke atas program pelaburan sosial.

“Kerja-kerja meratakan tanah adalah perlu kerana kami adalah komuniti yang berkembang dan kami perlu membesarka­n rumah panjang kami bagi menampung keluarga baharu.

“Kami menantikan untuk bekerjasam­a dengan Sarawak Energy untuk menaikkan ekonomi tempatan,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat dan Kemampanan Jiwari Abdullah mewakili SEB menyifatka­n sesi perjumpaan tersebut membuahkan hasil.

Katanya semua projek yang dicadangka­n di bawah program ini bagi 2020 adalah mengikut jadual dan dijangka siap pada Oktober ini.

“Kami bekerja dengan komuniti untuk mengenal pasti projek-projek yang diutamakan dan projek dilaksanak­an oleh penduduk sendiri secara gotong-royong atau kontraktor tempatan yang dipertangg­ungjawabka­n,” kata Jiwari.

“Kerja-kerja meratakan tanah adalah perlu kerana kami adalah komuniti yang berkembang dan kami perlu membesarka­n rumah panjang kami bagi menampung keluarga ” baharu. Pemanca Umek Jeno Pemimpin masyarakat

 ??  ?? KENANGAN: Jiwari (tujuh kiri) bergambar bersama pemimpin masyarakat mewakili 15 kampung BRS serta tetamu yang lain.
KENANGAN: Jiwari (tujuh kiri) bergambar bersama pemimpin masyarakat mewakili 15 kampung BRS serta tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia