Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran Rumah Naga dan Rumah Jackson Atet terus disantuni

-

SRI AMAN: Mangsa kebakaran Rumah Naga dan Rumah Jackson Atet di Rasau, Engkilili yang musnah dalam kebakaran pada 13 September lalu terus menerima pelbagai sumbangan daripada pelbagai pihak dekat sini, semalam.

Kali ini, Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai telah tampil menyerahka­n sumbangan kepada mereka yang terlibat.

Ketuanya Kaunselor Roseline Neging yang mengetuai rombongan berkenaan telah tampil menyampaik­an sumbangan makanan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Menurutnya, sumbangan tersebut bertujuan meringanka­n beban yang ditanggung mangsa kebakaran.

“Kita berharap sumbangan yang dihulurkan ini dapat dibahagika­n sama rata kepada semua penduduk rumah panjang ini,” ujarnya.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu turut menghulurk­an sumbangan kepada mangsa kebakaran terbabit.

Pegawainya Marinda Stewart Thaim berkata, sumbangan yang dihulurkan kepada mangsa kebakaran itu adalah untuk membantu meringanka­n beban mereka yang telah ditimpa musibah.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan berbentuk wang ringgit, keperluan harian dan pakaian terpakai kepada mangsa kebakaran itu adalah hasil kutipan derma kakitangan­nya.

Tambahnya, walaupun sumbangan tersebut kecil sahaja nilainya tetapi ia cukup bermakna kepada mangsa.

“Kita juga berharap penduduk rumah panjang ini tabah menghadapi ujian yang menimpa mereka,” ujarnya.

Turut serta dalam penyampaia­n sumbangan berkenaan ialah Penyelia Pembanguna­n Komuniti Pejabat KEMAS Engkilili Rose Unggom serta Penyelia Pembanguna­n Komuniti Pejabat KEMAS Daerah Lubok Antu Siti Nuraini Abdullah.

Dalam pada itu, Menteri Muda Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai Datuk Malcom Mussen Lamoh turut tampil menghulurk­an sumbangan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas.

Jelasnya, sumbangan segera ini adalah untuk meringanka­n beban mangsa.

Manakala Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut tampil menghulurk­an sumbangan.

Harden menjelaska­n, sumbangan berbentuk keperluan harian seperti makanan asas, pakaian dan sebagainya kepada mangsa kebakaran itu disampaika­n Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta beliau sendiri.

Dalam kejadian jam 5.30 petang 13 September lalu, 180 penghuni Rumah Naga dan Rumah Jackson Atet yang sepanjang 18 pintu tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka dijilat api.

Bagaimanap­un, kesemua penduduk selamat dalam kejadian berkenaan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mereka masih dalam siasatan.

 ??  ?? TERIMALAH: Pergerakan Wanita PRS Kawasan DUN Batang Ai menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rasau, Engkilili semalam.
TERIMALAH: Pergerakan Wanita PRS Kawasan DUN Batang Ai menyampaik­an sumbangan kepada mangsa kebakaran di Rasau, Engkilili semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia