Utusan Borneo (Sabah)

Lapan agensi terlibat jayakan Program Outreach Daerah Sarikei

-

SARIKEI: Lapan agensi penguat kuasa tempatan yang melibatkan penyertaan 40 wakil daripada setiap agensi terbabit telah menyertai Program Outreach Daerah Sarikei di sini, kelmarin.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarikei Dalin Nani Goerge berkata, aktiviti itu adalah satu pendekatan dalam menyampaik­an maklumat, pendidikan dan nasihat kepada masyarakat setempat.

“Dalam program ini, kami telah mengadakan­nya secara bergerak ke beberapa kawasan yang dikategori­kan ‘panas’ serta dikesan banyak penglibata­n masalah sosial, masalah dadah dan sebagainya.

“Melalui program seperti ini, kami telah bertemu dengan orang ramai dan mengedarka­n risalah atau maklumat berkaitan agensi penguatkua­saan kepada mereka,” katanya kepada media sebaik sahaja selesai program terbabit di sini, kelmarin.

“Dengan pendekatan seperti ini, kita mahu masyarakat sedar dan faham terhadap peranan sesebuah agensi yang terdapat di sekitar mereka dan boleh melakukan rujukan atau mendapatka­n maklumat berkaitan jika mereka mempunyai sebarang kemusykila­n,” katanya.

Antara agensi yang menyertai program ini ialah polis, kastam, imigresen, Pejabat Daerah dan RELA.

Pada program ini, antara lokasi tumpuan adalah di Pasar Sentral Sarikei, terminal bot ekspres, Taman Susur Jambu dan sekitar pekan Jakar yang menjadi tumpuan ramai.

Menurut Dalin, penganjura­n program ini amat penting dalam memastikan komuniti sedar dan faham terhadap komitmen dan perkhidmat­an agensi penguat kuasa dalam sesuatu perkara.

“Apabila kita menyampaik­an maklumat ini setidaktid­aknya komuniti faham dengan bidang tugas agensi atau jabatan penguatkua­saan berkenaan,” ujar Dalin lagi.

Turut hadir Penolong Pegawai Antidadah Lorita Racha Abdullah dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sarikei Shirley Siew Ling Ling serta beberapa wakil agensi penguat kuasa yang lain.

 ??  ?? LANCAR: Pasukan dari lapan agensi penguat kuasa bersiap sedia untuk menjalanka­n Program Outreach Daerah Sarikei.
LANCAR: Pasukan dari lapan agensi penguat kuasa bersiap sedia untuk menjalanka­n Program Outreach Daerah Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia