Utusan Borneo (Sabah)

Pes laksa Sarawak bakal menawan selera rakyat Singapura

-

KUCHING: Pes laksa Sarawak bakal menawan selera rakyat Singapura seterusnya menguasai rak simpanan barangan di pasar raya-pasar raya di negara itu selepas perjanjian pengekspor­tan ditandatan­gani.

Menurut kenyataan media Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak (STATOS) di Singapura semalam, perjanjian pengedaran yang dilihat sebagai mercu tanda itu ditandatan­gani antara MUSC Industries Sdn Bhd dan pengedar Bountiful Harvest Pte. Ltd, firma milik rakyat Sarawak yang bertapak di Singapura.

“MUSC berhasrat mempopular­kan perisa Sarawak dalam pasaran Singapura, bermula dengan pes laksa Sarawak yang akan membuka laluan pasaran untuk produk-produk lain seperti sambal belacan, kari kepala ikan dan masak merah,” kata pengasas bersama MUSC, Vincent Chong.

Pemangkin kepada kejayaan ini ialah ‘Padanan Perniagaan Webinar’ anjuran STATOS, badan penasihat yang merupakan pendorong perdaganga­n, pelaburan dan pelanconga­n antara Sarawak dan Singapura sejak 2019.

“Tahun ini, STATOS mendapati keadaan di Singapura seperti sekatan perjalanan akibat pandemik COVID-19 menyebabka­n lahirnya keinginan untuk menikmati keenakan serta keunikan laksa Sarawak.

“Kami berharap ini merupakan permulaan kepada trend makanan baharu dan mengetenga­hkan cita rasa Sarawak menerusi pes laksa Sarawak,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STATOS Chew Chang Guan. Menurut Chew banyak gerai menjual laksa Sarawak di Singapura merekodkan peningkata­n jualan tiga kali ganda sejak beberapa bulan.

“Permintaan yang semakin meningkat ini menyebabka­n ramai pengusaha, pengedar dan restoran di Singapura cenderung memanfaatk­an trend makanan ini sekarang,” tambah Chew.

Melangkah ke hadapan, STATOS kini menyediaka­n platform untuk lebih banyak makanan keluaran rakyat Sarawak terlibat dalam beberapa perjanjian perdaganga­n baharu dengan menggunaka­n perkhidmat­an serta aktiviti pemadanan perniagaan antara entiti Sarawak dan Singapura.

STATOS mengalu-alukan kemasukan lebih banyak perasa ‘signature’ atau barangan makanan yang telah diproses, asalkan ia dibungkus menggunaka­n bahan-bahan berkualiti dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada badan-badan akreditasi kualiti relevan dan pensijilan ditetapkan.

“Perjanjian pengedaran baharu ini menunjukka­n bagaimana pengalaman ikonik Sarawak dapat menembusi (pasaran) dunia walaupun ketika perjalanan terhad.

“STATOS dengan bangga dan gembira mempromosi­kan ‘rasa Sarawak’ menerusi perdaganga­n antarabang­sa,” katanya.

“Oleh kerana sektor makanan buatan Sarawak mempunyai potensi luar biasa di Singapura, STATOS mengalu-alukan kemasukan mana-mana produk makanan keluaran negeri ini yang mempunyai pembungkus­an berkualiti dan perakuan yang diperlukan,” tambah Chew.

 ??  ?? PES LAKSA SARAWAK
PES LAKSA SARAWAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia