Utusan Borneo (Sabah)

Jual susu yang dicipta sendiri ilham ketika bercuti di Korea

- Oleh Saibi Gi

BERGELAR pelajar tahun akhir di UiTM Samarahan, ia tidak menghalang bagi Ezzana Hazirah untuk meneroka bidang perniagaan kecil-kecilan.

Bermodalka­n kira-kira RM100, dia meneroka peluang perniagaan susu berperisa pisang dan strawberi bagi pasaran di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Bermula sejak Mac 2020, setakat ini dia mampu menjual kira-kira 3,000 botol.

Sebotol yang mengandung­i 250ml dijual pada harga antara RM5 hingga RM7 bergantung dengan lokasi.

Ezzana mendapat idea ini setelah meminum minuman kegemarann­ya iaitu minuman susu beperisa pisang semasa bercuti di Korea bersama keluarga. Sepanjang berada di sana, setiap hari beliau akan membeli susu berperisa pisang, strawberry dan kopi.

Ekoran daripada itu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, dia mendapat ilham untuk cuba menghasilk­an susu perisa pisang seperti yang pernah diminum semasa bercuti di Korea.

Dengan dibantu ayahnya, cubaan demi cubaan dibuat bagi menghasilk­an rasa yang diinginkan.

Setelah berpuas hati dengan rasa dan kualiti minuman susu berperisa yang dihasilkan, baharulah beliau berani dan bersetuju dengan saranan ibu beliau untuk cuba memasarkan minuman tersebut di kalangan kawankawan terdekat sahaja.

Selepas mendapat sambutan yang menggalakk­an, beliau mencuba membuat susu berperisa strawberi.

“Saya berminat meneroka perniagaan bagi mencari duit untuk belanja harian. Lagipun kebanyakan kita memang suka minum susu, apatah lagi jika dicampur dengan perisa seperti pisang dan strawberi.

“Ibu bapa saya memberi galakan, dorongan dan bantuan apa yang saya perlukan dalam memasarkan produk ini,” kata Ezzana, pelajar kursus Pengurusan Maklumat kepada Utusan Borneo, baru-baru ini.

Maklum balas yang diterima daripada para pelanggan, begitu memberangs­angkan, justeru ia menjadi penyuntik semangat untuk terus mengorak langkah ke hadapan dalam pemasaran produk ini.

Meskipun tidak menggunaka­n mesin dalam proses membotolka­n, ia tidak mematahkan semangatny­a untuk memenuhi permintaan pelanggan dan ejen jualan.

“Jika perniagaan kecil saya ini berkembang besar pada suatu hari kelak saya hendak membeli mesin supaya proses membotolka­n susu lebih mudah dan cepat.

“Lebih banyak produk dapat dipasarkan, maka lebih banyak pelanggan yang dapat menikmati kelazatan susu perisa pisang dan strawberi,” ujarnya.

Ia selamat untuk diminum seperti yang diperakui makmal, juga tiada bahan pengawet digunakan.

Mengenai pemasaran, dia menjelaska­n pada mulanya cuma menggunaka­n media sosial untuk memperkena­lkan produk kepada rakan-rakan. Ia mendapat permintaan sedikit demi sedikit.

“Saya kini bercita-cita hendak memasarkan produk di pasar raya Mydin dan memasuki pasaran Semenanjun­g Malaysia,” jelasnya.

Produk ini boleh didapati di Permata Halal Mart, Lehanis Cafe Satok, Aisyah Lunch Box, Heritage Cafe, Leni Spice UTC dan HNS Company sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

 ??  ?? PRODUK SENDIRI: Susu perisa pisang dan strawberi yang dihasilkan Ezzana memasuki pasaran tempatan.
PRODUK SENDIRI: Susu perisa pisang dan strawberi yang dihasilkan Ezzana memasuki pasaran tempatan.
 ??  ??
 ??  ?? GIGIH: Ezzana memproses susu perisa strawberi di rumah ketika masa lapang.
GIGIH: Ezzana memproses susu perisa strawberi di rumah ketika masa lapang.
 ??  ?? MANUAL: Proses membotolka­n susu pisang dan strawberi dilakukan secara manual tanpa menggunaka­n mesin.
MANUAL: Proses membotolka­n susu pisang dan strawberi dilakukan secara manual tanpa menggunaka­n mesin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia