Utusan Borneo (Sabah)

SPRM tidak layan surat layang kes rasuah

Ia hendaklah lengkap dengan dokumen maklumat dan kukuh untuk menjalanka­n siasatan

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menerima surat layang kes rasuah atau salah guna kuasa melainkan ia dilengkapi dengan dokumen maklumat lengkap dan kukuh untuk menjalanka­n siasatan.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata sebuah jawatankua­sa khas dalam SPRM akan bersidang setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad, bagi menilai kesahihan sesuatu maklumat kes.

Beliau berkata SPRM tidak mahu terjadi mana-mana individu atau pihak yang teraniaya berikutan surat layang yang dihantar kepada badan rasuah itu.

“Oleh itu, saya ingin menguar-uarkan kepada masyarakat bahawa mereka yang memberi maklumat kes, SPRM memberi jaminan identiti mereka dirahsiaka­n dan dilindungi di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010,” katanya kepada Bernama sempena Ulang Tahun SPRM ke-53, semalam.

Azam berkata sekiranya masyarakat menyampaik­an surat layang kepada SPRM sekalipun, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu untuk memeriksa kandungan surat berkenaan.

“Saya beri contoh, SPRM terima surat layang tetapi dalam surat itu terkandung dokumen lengkap maka SPRM akan membuat verifikasi bahawa sesuatu maklumat berkenaan boleh diguna pakai dan dipercayai sebelum menjalanka­n sebarang siasatan kes.

“Sekiranya sekadar surat layang sahaja untuk menuduh seseorang, maka surat jenis ini kami tidak layan dan jika ia disertai nama atau e-mel, barulah pihak kami akan memberi maklum balas,” katanya.

Azam berkata pihaknya sebelum ini banyak menerima surat layang tetapi kebanyakan­nya tidak mempunyai asas kukuh untuk menjalanka­n siasatan.

Dalam perkembang­an lain, diminta mengulas mengenai sama ada SPRM boleh mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat parti, Azam berkata setakat ini pihaknya tiada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana ahli politik melompat parti.

“Perkara berkenaan di luar bidang kuasa SPRM, sekiranya perlu mewujudkan undang-undang berkaitan lompat parti ia adalah tertakluk kepada ahli-ahli parlimen untuk menggubal undangunda­ng berkaitan.

“Sekiranya, terdapat unsur rasuah (ahli politik dibayar untuk melompat parti) maka SPRM akan melakukan siasatan,” katanya.

Azam berkata setakat ini, tidak ada bukti berhubung perkara berkenaan namun terdapat kes pihak yang memberikan maklumat tetapi enggan memberikan kerjasama.

Sementara itu, mengulas mengenai sama ada bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM Latheefa Koya pernah menggubal sebarang dasar sedia ada SPRM sewaktu beliau menjawat jawatan berkenaan, Azam berkata Latheefa tidak pernah berbuat demikian.

“Dasar-dasar SPRM masih diteruskan seperti biasa yang berbeza cuma gaya pentadbira­n namun dasar tetap sama.

“Sebagai contoh pelaksanaa­n Pelan Strategik SPRM 20172020 tetap diteruskan, begitu juga dengan misi dan visi yang ditetapkan SPRM diteruskan oleh Latheefa dan saya sekarang ini,” katanya yang turut mewakili warga SPRM mengucapka­n terima kasih kepada

“Oleh itu, saya ingin menguar-uarkan kepada masyarakat bahawa mereka yang memberi maklumat kes, SPRM memberi jaminan identiti mereka dirahsiaka­n dan dilindungi di bawah Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010.

Datuk Seri Azam Baki Ketua Pesuruhjay­a SPRM

Latheefa yang telah banyak menyumbang kepada negara dalam aspek membantera­s rasuah, meskipun berkhidmat dalam tempoh yang singkat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (tengah) melawat ruang pameran mengenai bahan penerbitan yang menyalahi undang-undang pada majlis perasmian Kompleks Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Azam Baki (kiri). Kompleks SPRM yang dibina di atas tanah seluas 3.41 hektar mula beroperasi pada 15 Julai 2019 dengan kos RM38 juta. Kompleks yang mempunyai tiga blok turut dilengkapi dengan kemudahan bilik rakaman percakapan saksi, bilik video interviewi­ng room (VIR), lokap, bilik gerakan operasi (BGOS), dewan seminar, gudang sita dan bilik kawad cam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali (tengah) melawat ruang pameran mengenai bahan penerbitan yang menyalahi undang-undang pada majlis perasmian Kompleks Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Bukit Besar, Kuala Terengganu semalam. Turut hadir Azam Baki (kiri). Kompleks SPRM yang dibina di atas tanah seluas 3.41 hektar mula beroperasi pada 15 Julai 2019 dengan kos RM38 juta. Kompleks yang mempunyai tiga blok turut dilengkapi dengan kemudahan bilik rakaman percakapan saksi, bilik video interviewi­ng room (VIR), lokap, bilik gerakan operasi (BGOS), dewan seminar, gudang sita dan bilik kawad cam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia