Utusan Borneo (Sabah)

72,893 pekerja peroleh kerjaya menerusi MYFutureJo­bs

-

RAUB: Seramai 72,893 pekerja di seluruh negara berjaya memperoleh pekerjaan menerusi portal pekerjaan MYFutureJo­bs yang dilancarka­n khusus untuk mengurangk­an kadar penganggur­an di negara ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim.

“Portal MYFutureJo­bs ini bukan sahaja mesra pengguna dan mampu memadankan pencari kerja dengan jawatan kosong dengan ketepatan yang tinggi, tetapi mampu membantu calon-calon meningkatk­an kemahiran dan kebolehpas­aran mereka di pasaran pekerjaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mini Karnival Penjana Kerjaya Sempena Hari Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) 2020 di Sungai Koyan, di sini semalam yang menawarkan kira-kira 400 peluang pekerjaan bagi penduduk kawasan Parlimen Cameron Highlands.

Awang berkata setakat Isnin lepas, terdapat 290,665 kekosongan jawatan yang didaftarka­n di portal MYFutureJo­bs dan jumlah pencari kerja pula sebanyak 316,834 orang.

“Saya harap PERKESO akan melipatgan­dakan lagi usaha memadankan caloncalon yang sedang mencari pekerjaan dengan jawatanjaw­atan kosong di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, Awang turut mengingatk­an manamana pihak yang layak untuk memohon Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 supaya berbuat demikian bermula semalam secara dalam talian menerusi portal https://prihatin.perkeso.gov.my

“Dengan terlaksana­nya PSU 2.0 pada semalam, maka permohonan bagi PSU 1.0 adalah ditutup. PSU 2.0 terbuka kepada semua syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sebelum 1 September 2020,” katanya.

PSU 2.0 merupakan inisiatif di bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN), iaitu bantuan kewangan untuk majikan yang masih terjejas akibat penularan pandemik COVID19 bagi meneruskan operasi perniagaan dan mengekalka­n pekerja mereka, khususnya golongan B40. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia