Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 270,000 akaun simpanan baharu SSPN dibuka sehingga Ogos 2020

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 275,964 akaun simpanan baharu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dibuka dari Januari hingga Ogos tahun ini, sekali gus mencatat rekod melebihi sasaran sebanyak 232,000 akaun diwujudkan dalam tempoh tersebut.

Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata jumlah deposit bagi 275,964 akaun itu adalah sebanyak RM878.92 juta atau 154.76 peratus melebihi sasaran sebanyak RM345 juta.

“Pada tahun ini, PTPTN menyasarka­n jumlah simpanan sebanyak RM1.5 bilion dengan 400,000 akaun baharu. Dengan prestasi ini, saya yakin sasaran tahunan yang ditetapkan akan tercapai.

“Bagi program Bulan Menabung SSPN 2020 dalam tempoh satu bulan ini, kita menyasarka­n sebanyak RM110 juta kutipan pada bulan ini,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Bulan Menabung SSPN 2020 di sini semalam.

Bulan Menabung SSPN bertemakan ‘Superhero’ yang bermula semalam, akan diadakan secara dalam talian ekoran norma baharu berbanding sebelum ini di lokasi tumpuan ramai.

Penganjura­n program itu sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut 31 Oktober setiap tahun, bertujuan menggalakk­an tabungan dan menyemai minat menabung dalam kalangan orang ramai.

Melalui program itu, ibu bapa dan kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti dalam talian seperti kuiz Kahoot!, Happy Hour, Tabung DIY, SSPN Got Talent, Teka dalam Tabung, Bento SSPN Chef Junior, WOW! SSPN Challenge, Cabutan Hadiah serta penampilan khas Didi & Friends.

Mengenai jumlah deposit ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Ahmad Dasuki berkata pihaknya mendapati terdapat pe-ningkatan deposit SSPN bagi tempoh April hingga Jun tahun ini.

“Walaupun moratorium sudah berakhir semalam, yang penting adalah semangat menabung dan amaun tabungan sama ada kecil, tidak menjadi satu masalah,” katanya.

Sejak 2004 sehingga 31 Ogos 2020, sebanyak 4.6 juta akaun SSPN telah dibuka dengan deposit berjumlah RM6.76 bilion.

Sementara itu, seorang jurutera Abu Husin Mamat, 40, yang memenangi RM2,020 dengan menyertai Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi Julai, berkata beliau mula menabung di SSPN sejak anak sulungnya berusia dua bulan pada 10 tahun lepas.

“Sebelum ini, semasa saya belajar saya menggunaka­n PTPTN dan daripada situ saya dapat kesedaran untuk menabung buat pendidikan anak-anak pada masa akan datang.

“Saya berharap lebih ramai orang menabung untuk masa depan anak-anak kerana kita tak tahu apa yang akan berlaku dan kelebihan tabungan ini mempunyai skim takaful yang akan membantu sekiranya berada dalam kesusahan,” katanya.

Pemenang Cabutan WOW! SSPN-i Plus bagi Ogos, Hasanah Abd Khafidz, 45, yang merupakan ibu kepada tujuh anak, dalam lingkungan umur enam hingga 22 tahun, turut membawa pulang RM2,020.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah universiti awam berkata ibu bapa perlu sedar bahawa langkah mereka hari ini dengan menabung bakal menentukan masa depan anak-anak terutamany­a bagi menampung kos pembelajar­an mereka di institusi pengajian tinggi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob (dua kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Menabung SSPN 2020 , Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN Rohani Mohd Shahir (kanan), Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dan Ahmad Dasuki.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob (dua kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Menabung SSPN 2020 , Kuala Lumpur semalam. Turut hadir Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN Rohani Mohd Shahir (kanan), Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN Datuk Abdul Razak Musa (kiri) dan Ahmad Dasuki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia