Utusan Borneo (Sabah)

Pewaris Seagram dipenjara kerana biayai kultus seks

-

NEW YORK: Seorang pewaris empayar minuman Seagram di Kanada dijatuhi hukuman penjara lebih enam tahun oleh sebuah mahkamah di New York kelmarin setelah dia mengaku bersalah dalam skandal pemerdagan­gan seks yang dikaitkan dengan satu kultus.

Hukuman selama 81 bulan yang dijatuhkan ke atas Clare Bronfman, 41, dilihat agak keras, kerana pendakwa sendiri menuntut hukuman penjara selama lima tahun.

Bronfman mengaku bersalah pada tahun lepas atas tuduhan melakukan penipuan kad kredit dan melindungi pendatang asing tanpa izin bagi pihak kumpulan “bantu diri” Nxivm, yang diasaskan oleh Keith Raniere yang didapati bersalah pada Jun 2019 kerana menyimpan 15 hingga 20 hamba seks selama bertahun-tahun.

Pendakwabe­rkataBronf­man menghabisk­an wang puluhan juta dolar untuk menyokong kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Nxivm – disebut sebagai “Nexium”.

“Ia adalah tidak syak lagi bahawa Raniere tidak mungkin dapat melakukan jenayah yang menyabitka­nnya jika tidak kerana sekutu berpengaru­h seperti Bronfman,” kata pendakwaan.

Pasukan peguam belanya berharap dia dapat mengelak hukuman penjara dan memohon hukuman tertangguh selama tiga tahun.

Peguamnya berkata walaupun dia mengaku bersalah atas tuduhan melakukan penipuan kad kredit dan melindungi pendatang asing tanpa izin untuk kumpulan berkenaan, dia tidak tahu tentang kesalahan seksual yang dibuat oleh Raniere dalam sebuah kumpulan yang selari dengan Nxivm dipanggil DOS, yang terdiri daripada “tuan” dan “hamba”.

Mereka berkata dia hanya tahu tentang sisi yang memberi manfaat dalam pertubuhan yang berpangkal­an di Albany, New York itu, yang dikatakan mengajar kelas untuk pemerkasaa­n diri kepada kaum wanita.

Daripada enam orang yang didakwa dalam skandal yang terbongkar pada 2018 itu, Bronfman merupakan tertuduh yang pertama tahu tentang hukuman ke atasnya.

Pendakwa menuntut hukuman penjara seumur hidup terhadap Raniere, yang akan tahu tentang hukuman ke atasnya pada 27 Oktober.

Empat lagi mengaku bersalah, termasuk aktres Allison Mack dari siri ‘Smallville’, yang mengaku bersalah atas dua tuduhan menjalanka­n kegiatan haram pada April 2019.

Kisah dramatik itu menjadi subjek dua adaptasi layar: siri dokumentar­i ‘The Vow’ yang dikeluarka­n oleh HBO barubaru ini dan ‘Escaping the Nxivm Cult’, sebuah filem arahan Lisa Robinson yang memberi tumpuan kepada kesaksian seorang ibu yang berusaha untuk menyelamat­kan anak perempuann­ya dari organisasi tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia