Utusan Borneo (Sabah)

Sempena Hari Kebangsaan China pemimpin HK puji ‘keadaan aman’

-

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong semalam memuji “keadaan yang aman semula” di bandar rayanya selepas China melaksanak­an undang-undang keselamata­n yang membantu mematahkan pergerakan demokrasi besar-besaran pada tahun lepas, manakala ribuan anggota polis bersiap-siaga untuk membantera­s sebarang perhimpuna­n besar sewaktu sambutan Hari Kebangsaan.

Republik Rakyat China meraikan penubuhann­ya pada 1 Oktober dengan hari cuti umum dan perayaan yang dirancang dengan teliti.

Namun di Hong Kong, ia menjadi hari yang menyedihka­n bagi mereka yang bimbang mengenai tindakan kerajaan kuku besi di Beijing yang semakin meningkat ke atas para penentangn­ya.

Protes sudah diharamkan di bawah undang-undang bagi kebanyakan waktu pada tahun ini dan Beijing turut melaksanak­an undang-undang keselamata­n negara yang ketat ke atas hab perniagaan separa autonomi itu pada Jun lalu.

Pada pagi semalam, helikopter yang mengibarka­n bendera China dan bendera Hong Kong terbang di ruang udara pelabuhan ketika Ketua Eksekutif Carrie Lam dan pegawai kanan dari tanah besar menghadiri satu acara yang dikeliling­i polis dan perintang keselamata­n.

“Sejak beberapa bulan lalu, satu hakikat yang tidak dapat dipertikai­kan di depan semua orang adalah masyarakat kita sudah kembali kepada keadaan yang aman,” kata Lam dalam ucapannya.

“Keselamata­n negara kita dilindungi di Hong Kong dan rakyat kita dapat sekali lagi menggunaka­n hak dan kebebasan mereka selari dengan undang-undang,” tambahnya.

Pada tahun lepas, ulang tahun ke-70 menyaksika­n pertelingk­ahan yang ganas antara penunjuk perasaan dengan polis sewaktu demonstras­i demokrasi selama tujuh bulan yang mengucar-kacirkan Hong Kong.

Pihak berkuasa menolak permohonan bagi perarakan protes pada tahun ini, dengan memetik kebimbanga­n mengenai keselamata­n dan larangan anti-COVID-19 ke atas perhimpuna­n lebih empat orang di tempat awam.

Pentadbira­n Lam turut menggantun­g pilihan raya tempatan pada September selama setahun – satu daripada beberapa peluang bagi warga Hong Kong untuk mengundi – dengan menyebut tentang risiko yang ditimbulka­n oleh pandemik.

Sumber polis memberitah­u AFP, 6,000 anggota polis dikerah untuk mengekang sebarang protes – dua kali ganda daripada kontingens­i yang biasanya diletakkan ke atas pasukan polis simpanan.

Sepanjang pagi, beberapa kumpulan aktivis demokrasi yang terkemuka mengadakan rapat umum kecil – dengan sengaja mematuhi arahan untuk tidak berhimpun melebihi empat orang.

Satu kumpulan melaung “Tamatkan pemerintah­an satu parti” dan membakar satu petisyen protes, dikeliling­i kira-kira 40 anggota polis.

Kumpulan lain berhimpun dalam kumpulan empat orang di luar Pejabat Perhubunga­n yang mewakili kerajaan Beijing di bandar raya itu dan dikawal ketat.

Polis bertugas dalam jumlah yang ramai di seluruh bandar raya semalam, dan mengendali­kan pemeriksaa­n.

Lima orang turut ditangkap pada awal minggu ini kerana disyaki menghasut orang lain untuk menunjuk perasaan dan melakukan perbuatan ganas.

Permohonan perhimpuna­n yang ditolak telah dibuat oleh Barisan Hak Asasi Manusia Sivil – satu perikatan yang menganjurk­an perarakan yang memecah rekod pada tahun lepas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AMARAN: Anggota polis memegang sepanduk yang mengarahka­n penunjuk perasaan bersurai semasa sambutan Hari Kebangsaan China di Hong Kong semalam.
— Gambar AFP AMARAN: Anggota polis memegang sepanduk yang mengarahka­n penunjuk perasaan bersurai semasa sambutan Hari Kebangsaan China di Hong Kong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia