Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Dalit mati dirogol, cetus protes di New Delhi

-

NEW DELHI: Seorang wanita dari komuniti Dalit yang terpinggir di India meninggal dunia selepas dirogol oleh dua lelaki, kata polis semalam, beberapa hari selepas kematian seorang remaja dari kumpulan kasta rendah yang sama di tangan sekumpulan lelaki kasta tinggi mencetuska­n kemarahan.

Wanita berusia 22 tahun itu, anggota komuniti Dalit “yang tidak boleh disentuh” di India, didakwa dirogol oleh dua lelaki Selasa lepas dan meninggal dunia ketika dibawa ke hospital, kata polis di negeri utara Uttar Pradesh.

Serangan terbaharu berlaku beberapa bulan selepas empat lelaki menjalani hukuman gantung sampai mati atas kesalahan merogol dan membunuh seorang pelajar dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012, satu kes yang menjadi simbol bagi masalah keganasan seksual di negara itu.

Polis berkata dua lelaki dalam kes terbaharu sudah ditangkap atas tuduhan merogol dan membunuh, tanpa memberi maklumat lanjut mengenai identiti mereka.

Siasatan sedang dijalankan dan suspek mungkin akan dibicara di mahkamah khas untuk mempercepa­tkan kes itu, tambah mereka.

“Seorang wallah (pemandu) beca membawa dia pulang. Dia dibuang di depan rumah kami. Anak saya tidak dapat berdiri mahupun bercakap,” saluran berita NDTV memetik ibunya sebagai berkata.

Insiden itu berlaku dalam daerah Balrampur di negeri Uttar Pradesh, kira-kira 500 kilometer dari tempat di mana seorang lagi gadis Dalit didakwa dirogol oleh empat lelaki kasta atasan pada pertengaha­n September.

Mangsa berusia 19 tahun, yang lumpuh disebabkan oleh kecederaan yang dialaminya, dikejarkan ke hospital di New Delhi, 200 kilometer dari tempat kejadian, tetapi meninggal dunia Selasa lepas.

Kematianny­a mencetuska­n protes di New Delhi dan di bandar-bandar di Uttar Pradesh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia