Utusan Borneo (Sabah)

Pengarah ‘Moonlight’ pengemudi hala tuju baharu ‘Lion King’

-

FILEM pecah panggung ‘The Lion King’ yang dibuat semula oleh Disney akan mendapat filem susulan daripada pengarah ‘Moonlight’ yang memenangi anugerah Oscar, Barry Jenkins, kata syarikat itu kepada AFP. Filem tahun 2019 ini yang memaparkan grafik foto-realistik dan barisan suara yang dipenuhi bintang termasuk Beyonce mengaut lebih AS$1.6 bilion di ‘box office’ seluruh dunia, walaupun menerima pelbagai reviu. Filem mengenai anak singa kecil Simba yang membalas dendam ke atas kematian bapanya itu menjadi filem yang mengaut keuntungan tertinggi di antara banyak filem Mouse House yang dibuat semula baru-baru ini, lebih daripada mewajarkan bajetnya yang dianggarka­n sebanyak AS$250 juta. Ia menggunaka­n teknologi moden yang menyaksika­n kru kamera tradisiona­l “merakam” watak-watak janaan komputer yang berkelana di kawasan savana Afrika dari dalam dunia realiti maya. Filem susulan dijangka menggunaka­n pendekatan yang sama, tetapi tarikh permulaan bagi penerbitan, jalan cerita atau barisan pelakon belum lagi diumumkan. Jenkins, pengarah drama mengenai mencapai kematangan pada 2016 ‘Moonlight’ tentang seorang lelaki homoseksua­l berbangsa Afrika-Amerika yang memenangi Anugerah Akademi bagi filem terbaik, menyebut dalam satu kenyataan bahawa dia “membesar dengan watak-watak ini” selepas dia membantu kakaknya membesarka­n dua anak lelaki kecil pada tahun 1990an. “Diberi peluang untuk bekerja bersama Disney dan mengembang­kan kisah persahabat­an, kasih sayang dan legasi yang hebat ini, dan pada waktu yang sama melanjutka­n kerja saya untuk merekodkan kehidupan dan jiwa orang di dalam diaspora Afrika, adalah impian yang menjadi kenyataan,” dia menyebut dalam satu kenyataan kepada AFP. Filem ‘Lion King’ pada 1994, yang mendasari filem yang dibuat semula pada tahun lepas, dilihat sebagai kemuncak bagi pembaharua­n Disney pada tahun 1990an, yang melahirkan versi muzikal Broadway yang amat popular serta sekuel teruske-video. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BARRY JENKINS
FILEM SEKUEL: Gambar fail ini menunjukka­n peminat menunggu di luar panggung Dolby bagi melihat bintang pujaan mereka tiba untuk tayangan perdana ‘The Lion King’ pada 9 Julai 2019 di Hollywood. ‘The Lion King’ akan mendapat filem susulan daripada Barry Jenkins.
— Gambar AFP BARRY JENKINS FILEM SEKUEL: Gambar fail ini menunjukka­n peminat menunggu di luar panggung Dolby bagi melihat bintang pujaan mereka tiba untuk tayangan perdana ‘The Lion King’ pada 9 Julai 2019 di Hollywood. ‘The Lion King’ akan mendapat filem susulan daripada Barry Jenkins.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia