Utusan Borneo (Sabah)

Filem sekuel ‘Borat’ akan ditayang di Amazon Prime

-

SEKUEL kepada komedi ‘Borat’ telah dibeli oleh Amazon Prime dan dijangka disiarkan oleh pelantar penstriman sebelum pilihan raya Amerika Syarikat (AS) pada November akan datang, kata sumber yang tahu tentang perjanjian berkenaan kepada AFP. Filem itu menyaksika­n pelawak dan pelakon British, Sacha Baron Cohen, membawa semula wataknya, yang digemari ramaisebag­ai pemberita yang cuai dan tidak betul dari segi politik dari Kazakhstan, selepas hampir 15 tahun. Filem asal pada 2006, ‘Borat: Cultural Learnings of America for Make Benefit Glorious Nation of Kazakhstan’, mengaut lebih AS$260 juta, yang menambat hati pengkritik dan melahirkan ungkapan menarik yang tidak putusputus di kalangan peminat tegar. Malah ia menerima pencalonan bagi anugerah lakon layar terbaik Oscar. Menurut Deadline, filem itu telah dibuat secara sulit dengan kru minimum sejurus selepas sekatan koronaviru­s dilonggark­an pada musim panas ini di AS dan di luar negara. Filem asal menyaksika­n wartawan fiksyen dan homofobia lakonan Cohen yang melakukan kesilapan merentasi AS untuk mencari penerangan kebudayaan, dengan lawak yang menyasari warga Amerika, yang tetap menyukainy­a di ‘box office’. Sekuel ini sekali lagi menyaksika­n Cohen “menyamar untuk mendorong orang mendedahka­n diri mereka yang sebenar dan sikap berat sebelah mereka yang selalunya tidak baik, dengan provokasi yang paling kecil sekalipun”, kata laporan Deadline. Komedi ala gonzo dan anarki yang dibawa oleh penulis satira yang kontrovers­i itu telah melahirkan banyak watak TV dan filem. Cohen, yang turut membuat filem ‘The Dictator’ pada 2012 lakonannya sendiri sebagai seorang pemerintah zalim ala Moamer Kadhafi, membawa watak utama dalam drama arahan Aaron Sorkin yang diramal akan dicalonkan untuk anugerah Oscar, ‘The Trial of the Chicago 7’, yang akan distrim oleh Netflix pada bulan ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia