Utusan Borneo (Sabah)

Polis Johor pantau Hizbut Tahrir, guna SOSMA jika perlu Setakat ini belum ada tangkapan dibuat, namun pihak polis telah menerima 17 laporan polis berhubung gerakan itu: Ayob Khan

-

“Ideologi fahaman Hizbut Tahrir melalui HTM (dilihat) menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunaka­n kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan). Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay Ketua Polis Johor

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang memantau pergerakan pengikut Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang boleh ditahan menurut Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika mereka didapati mengganggu-gugat keamanan dan keharmonia­n masyarakat di negeri itu.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini belum ada tangkapan dibuat namun pihaknya telah menerima 17 laporan polis berhubung gerakan itu.

Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 298 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, katanya kepada pemberita di

Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini semalam.

Katanya HTM juga berada di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

“Ideologi fahaman Hizbut Tahrir melalui HTM (dilihat) menolak demokrasi dan melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kerajaan kufur, kafir dan sebagainya yang wajib diguling menggunaka­n kekerasan tetapi setakat ini belum ada aksi atau tindakan ke arah seperti saya sebutkan tadi (kekerasan),” katanya.

Jelasnya kumpulan itu dipercayai bergerak aktif sejak 2005 dan mempunyai kirakira 80 pengikut di Johor.

Kumpulan itu juga dipercayai merekrut ahli daripada golongan berpendidi­kan termasuk profesiona­l serta menjadikan markas mereka di Skudai sebagai pusat penyebaran fahaman.

Kelmarin, MAINJ dilaporkan sebagai menolak sebarang bentuk perbincang­an dan pertemuan dengan mana-mana kumpulan yang berkait dengan fahaman Hizbut Tahrir, selaras dengan fatwa yang diwartakan Jawatankua­sa Fatwa Negeri Johor pada Oktober tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia