Utusan Borneo (Sabah)

Ketirisan perolehan: KSN adakan perbincang­an dengan SPRM

-

KUALA TERENGGANU:

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali akan mengadakan perbincang­an dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung dakwaan ketirisan perolehan kerajaan membabitka­n penjawat awam.

Katanya, perkara tersebut perlu diatasi segera kerana dikhuatiri merencat proses pemulihan ekonomi, apatah lagi negara sedang berdepan dengan wabak COVID-19.

“Jadi perkara ini pun saya akan bincang apakah tindakan susulan atau tindakan pencegahan yang boleh kita ambil.

“Sudahlah pemulihan eknomi kita berjalan dengan agak perlahan disebabkan COVID-19, ditambah pulak dengan berlakunya ketirisan, saya khuatir kalaukalau negara ini tidak dapat berkembang maju seperti perancanga­n kita sebelum ini,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Kompleks Baharu SPRM Terengganu di Bandar Baru Bukit Besar, di sini semalam.

Selain itu, Mohd Zuki berkata negara ini telah menerima pelbagai pengiktira­fan antarabang­sa ketika mendepani COVID-19, antaranya Global COVID-19 Recovery Index, sehingga Ogos 2020 yang meletakkan Malaysia di kedudukan keempat terbaik dalam kalangan 184 negara di dunia, manakala menerusi Indeks Toluna-Blackbox bagi Pengurusan Persepsi dan Krisis di kedudukan kelima, berbanding 23 negara.

Katanya, ia membuktika­n kesungguha­n dan komitmen penjawat awam dalam menterjema­hkan strategi yang telah diatur kerajaan, seperti inisiatif PENJANA dan PRIHATIN.

“Usaha memulihkan dan melonjakka­n semula ekonomi negara memerlukan usaha yang lebih jitu dan komited dari semua penjawat awam.

“Inisiatif segera pascaCOVID-19 seperti pelaksanaa­n projek berimpak tinggi dan penyaluran bantuan kepada rakyat, sudah pasti akan terencat sekiranya terdapat isu-isu rasuah dan korupsi berlaku di kalangan penjawat awam itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Azam Baki yang turut hadir dalam majlis tersebut, memberitah­u pemberita bahawa pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan berkaitan kes penipuan pembelian hartanah di Melbourne, Australia oleh pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga bekas ahli politik pada 2015.

Sehubungan itu, pihaknya menjangkak­an proses pendakwaan terhadap dua atau tiga individu itu akan dapat dijalankan dalam tempoh dua atau tiga minggu dari sekarang.

“Kes hartanah MARA kita dah siapkan kertas siasatan, cuma pihak Timbalan Pendakwa Raya sedang meneliti kes berkenaan.

“Dan sekiranya dipersetuj­ui adalah individu yang akan dituduh di mahkamah. Pada saya kes ini adalah ‘high profile’,” katanya yang turut memaklumka­n telah membuka 27 kertas siasatan berkaitan rasuah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia