Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Rantau mohon masalah banjir diatasi, elak kerugian

-

SEREMBAN: Penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Rantau memohon agar Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak berwajib menangani masalah itu dengan segera bagi mengelak mereka terus mengalami kerugian.

Pesara swasta, Zainah A. Karim, 55, berkata beliau kerugian hampir RM5,000 dalam kejadian banjir yang berlaku pada 22 September lepas dan kini terpaksa mengharung­inya sekali lagi.

“Saya sudah letih dengan banjir ini dan saya juga belum lagi sempat menyusun serta mengemas barang-barang di rumah selepas pulang dari Pusat Penempatan Sementara (PPS) pada Rabu minggu lepas.

“Hari ini kejadian sama berlaku dan sekali lagi saya terpaksa berpindah. Saya harap masalah ini dapat diselesaik­an segera,” katanya kepada Bernama di sini semalam. Peniaga, Norlela Said, 51, ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sega Hilir, berkata pengalaman minggu lepas ketika berdepan bencana banjir menyebabka­n beliau melakukan persiapan awal sebaik menyedari hujan lebat pada jam 1 pagi semalam.

“Saya tidak tidur sepanjang malam kerana berjaga-jaga, bimbang rumah dinaiki air dan saya juga mula mengangkat barang ke tempat lebih tinggi untuk menyelamat­kan harta benda bagi mengelak terus kerugian dan sangkaan saya tepat apabila pada 5.30 pagi, rumah mula dinaiki air sehingga paras lutut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Leftenan Kolonel (PA) Fazlisyah Muslim yang meninjau lokasi kejadian berkata hujan lebat berterusan di sekitar Seremban bermula pada tengah malam sehingga awal pagi semalam telah mengakibat­kan limpahan air di Sungai Linggi sekali gus menyebabka­n beberapa rumah di kawasan rendah dinaiki air.

Beliau berkata limpahan air sungai serta hujan lebat telah menyebabka­n tiga kampung iaitu Kampung

Sega Hilir, Kampung Pasir dan Kampung Siliau dinaiki air setinggi kira-kira 1.21 meter.

“Berkenaan tindakan untuk mengatasi masalah ini, kita melalui perbincang­an dengan pihak Pejabat Daerah Seremban dan Jabatan Pengairan dan Saliran sedang merancang untuk menyelesai­kannya,” katanya.

Sehingga 4 petang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 50 orang membabitka­n 15 keluarga berbanding 40 orang daripada lapan keluarga pagi tadi, dan kesemua mereka ditempatka­n di PPS SK Sega Hilir. — Bernama

 ??  ?? REZEKI BANJIR: Seorang penduduk Kampung Sawah menunjukka­n hasil menjala ikan di kawasan banjir di Rantau Eco Park akibat limpahan air Sungai Linggi ekoran hujan lebat sejak jam 5.30 pagi semalam ketika tinjauan fotoBernam­a di Rantau, semalam.
REZEKI BANJIR: Seorang penduduk Kampung Sawah menunjukka­n hasil menjala ikan di kawasan banjir di Rantau Eco Park akibat limpahan air Sungai Linggi ekoran hujan lebat sejak jam 5.30 pagi semalam ketika tinjauan fotoBernam­a di Rantau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia